8 September 2022 – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berada di Jeddah, Arab Saudi bagi menghadiri Persidangan “5th Session Of The Islamic Conference Of Youth and Sports Ministers (ICYSM)”. Beliau hadir mewakili Malaysia dan akan turut menyumbang idea ke arah pembangunan belia dan sukan, khasnya bagi negara – negara OIC.
Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS), persidangan ICYSM pada kali ini antara lain akan membincangkan perkara-perkara berikut:
- Kaedah meningkatkan kapasiti belia dan pembangunan sukan negara anggota;
- Cabaran yang dihadapi oleh negara anggota dalam bidang belia dan sukan akibat kesan pandemik Covid-19; dan
- Cadangan dan sumbangan dalam melaksanakan strategi pembangunan belia OIC serta pelan tindakan untuk pembangunan sukan.
“Melalui tema persidangan “Pembangunan Belia dan Sukan Untuk Ummah Berteraskan Perpaduan”, penglibatan Malaysia akan memberi peluang kepada delegasi Malaysia untuk sama-sama membangunkan Pelan Tindakan Strategik bagi memperkasa Belia Islam. Persidangan ICYSM juga merupakan sebuah platform bagi memperkukuhkan hubungan bilateral antara Malaysia dengan setiap negara-negara anggota OIC.
Penyertaan YB Menteri Belia dan Sukan ke persidangan ini sebagai wakil Malaysia menunjukkan penglibatan aktif negara sebagai ahli pengasas OIC. Persidangan ini juga adalah susulan penyertaan kontinjen Malaysia di Islamic Games Konya, Turkiye yang telah berlangsung dari 9 hingga 18 Ogos 2022.” kata KBS.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment