KUALA LUMPUR, 6 September 2022 – Peragawati dan pelakon Malaysia terkenal, Amber Chia menyertai Japan Fruit & Vegetables Export Promotion Council (J-FEC) dan Japan Food Product Overseas Promotion Center (JFOODO) di dalam pengumuman kempen yang akan datang iaitu “Japanese Fruit. The Ultimate Gift.”, satu inisiatif untuk menggalakkan gaya hidup dan budaya memberi hadiah yang lebih sihat di Malaysia (dikenali sebagai Omiyage dalam Bahasa Jepun).
Berdasarkan National Health Morbidity Survey 2019 (NHMS 2019), sebanyak 50.1 peratus dari rakyat Malaysia dikategorikan sebagai obes yang membawa kemudaratan dan risiko kepada kesihatan seperti
diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan sebagainya. Memandangkan orang awam berkurung di dalam rumah semasa PKP pada tahun 2020 dan 2021, NHMS 2020 menunjukkan kenaikan 4.1 peratus dalam masa hanya setahun, menjadikan jumlah orang dewasa yang dikategorikan obes sebanyak 54.2 peratus.
Ini membawa kepada objektif J-FEC dan JFOODO yang mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dan budaya memberi hadiah di Malaysia dengan menggalakkan masyarakat untuk mengutamakan faktor kesihatan semasa memberi hadiah. Memandangkan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang paling majmuk di dunia, dengan banyak perayaan, cuti umum dan peluang untuk memberi hadiah telah sebati dengan budaya kita. Jadi, kempen “Japanese Fruit. The Ultimate Gift” dilancarkan untuk mendidik masyarakat mengenai alternatif yang lebih sihat sebagai hadiah.
Semasa sidang media berlangsung, Amber Chia berkata, “Hadiah secara amnya melambangkan perasaan seseorang terhadap penerimanya. Sekuntum bunga ros melambangkan perasaan romantis dan cinta, manakala coklat dan hadiah lain diberi untuk orang tersayang mungkin membawa maksud anda mengutamakan kemahuan mereka. Namun begitu, ia memerlukan daya persahabatan dan kasih sayang
yang tinggi untuk memilih alternatif hadiah yang lebih sihat yang menyampaikan hasrat supaya mereka
sentiasa ada bersama untuk tahun-tahun yang akan datang.
Selain dari memberi manfaat kepada kesihatan, buah-buahan Jepun dikenali sebagai produk paling premium yang terdapat di dunia. Harga yang tinggi namun mampu dimiliki menjadikannya hadiah yang
premium dan menonjol di sesebuah majlis atau acara. Tambahan pula, seperti bunga, setiap buah
mempunyai maksud simbolik yang spesifik – dan kepelbagaiannya merentasi budaya, mitos dan lagenda.
Perubahan musim memberi pengaruh yang tinggi terhadap budaya Jepun, dan orang-orang Jepun suka
menonjolkan perubahan ini dalam pelbagai bentuk. Buah-buahan kerap dilihat sebagai hadiah yang sesuai kerana ia bermusim sekaligus membenarkan orang untuk menikmati warna, bau dan rasa sesebuah
musim.
Pengerusi Japan Fruit and Vegetables Export Council (J-FEC), En. Yoshihisa Hishinuma berkata, “Kami mahu memperkenalkan buah-buahan Jepun sebagai pilihan hadiah yang utama, bukan sahaja kerana
kecantikan pembungkusannya tetapi ianya juga untuk mengembangkan dan mewujudkan alternatif yang
lebih sihat untuk bakul buah-buahan dan hamper hadiah di pasaran Malaysia. Dengan keunikan bermusim dicampur dengan kosnya, ia memberi perasaan yang mewah kepada penerimanya dan membolehkan mereka mencuba sesuatu yang terdapat di pasaran namun jarang dibeli untuk kegunaan peribadi.”.
Beliau menambah, “Dengan pelancaran kempen “Japanese Fruit. The Ultimate Gift”, kami berhasrat untuk membantu masyarakat menyesuaikan diri dengan gaya hidup lebih sihat secara perlahan-lahan. Lama-
kelamaan, ianya memberi impak yang penting kepada kadar obesiti dan risiko kesihatan di Malaysia, dan saya amat gembira dapat memainkan peranan dalam kempen yang bermakna ini.”.
Memandangkan Malaysia menempuhi fasa endemik, ramai orang lebih mengutamakan kesihatan, kebersihan dan keselamatan. Jadi, kempen ini dilancarkan pada waktu yang tepat iaitu menjelang musim perayaan, di mana rakyat Malaysia kini mampu meneruskan rutin normal mereka seperti menziarahi keluarga dan sahabat handai bersama pilihan hadiah yang lebih sihat.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment