Oleh MOSTI
KOTA KINABALU, 24 Ogos 2022 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba hari ini telah melancarkan edisi kelima siri jelajah ‘MYStartup East Malaysia Region Roadshow’ di Kota Kinabalu, Sabah.
Siri jelajah ‘MYStartup Roadshow’ ini yang dianjurkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi agensi pelaksana iaitu Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) merupakan lanjutan daripada beberapa siri jelajah sebelum ini dalam usaha meneroka dan memperkasa ekosistem startup di luar semenanjung Malaysia.
Kota Kinabalu merupakan hentian kedua di luar Semenanjung Malaysia dalam siri jelajah program MYStartup. Ia adalah sebahagian daripada usaha bagi memastikan komuniti start-up di Sabah turut sama terlibat dan mendapat manfaat daripada program-program pemerkasaan start-up secara khususnya.
Pada majlis pelancaran ‘MYStartup East Malaysia Region Roadshow’ Sabah ini, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata, “MOSTI dan Cradle sangat berbesar hati dengan sokongan dan kerjasama daripada rakan komuniti dan teknikal setempat bagi penganjuran program ini. Antaranya termasuklah Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Sabah Net yang bersama-sama berganding bahu dalam menggerakkan perkembangan komuniti startup di Sabah. Turut bersama menyokong program yang berlangsung selama dua hari ini adalah Petronas Ventures, Seed.Lab dan SIRIM.”
Cradle telah mengenal pasti masalah-masalah utama yang dihadapi oleh start-up di Sabah antaranya adalah kurangnya program-program pembangunan kapasiti dalam menyokong komuniti start-up. Syarikat-syarikat start-up ini mempunyai potensi yang besar tetapi memerlukan pendedahan serta bimbingan secara berterusan oleh pihak berkepentingan, bukan sahaja agensi persekutuan seperti Cradle tetapi entiti daripada pihak negeri. Pada masa yang sama, setiap entiti negeri dan persekutuan turut
digalakkan berkomunikasi secara berterusan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat melahirkan lebih banyak start-up dari luar rantau Borneo.
Salah satu kejayaan syarikat start-up di Sabah yang boleh dijadikan contoh adalah CoreHalal yang berfungsi menyediakan platform digital dalam menyediakan solusi secara end-to-end bagi membantu perniagaan mengautomasikan operasi pengurusan halal secara harian. Pembangunan CoreHalal yang merupakan pemenang MYHackathon 2020 ini adalah hasil sokongan daripada agensi-agensi seperti SCENIC yang bertanggungjawab mengenal pasti CoreHalal, Cradle sebagai pemberi dana, MDEC yang memacu prestasi, Halal Development Corp. yang membantu dalam pengkomersialan dan MRANTI sebagai penyedia akses ke peringkat global.
Pada majlis pelancaran tersebut, turut diadakan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Cradle dan SCENIC. Menerusi MoU ini, SCENIC akan menjadi rakan komuniti MYStartup di peringkat negeri Sabah selain mempromosikan program-program MYStartup. Pada masa yang sama, Cradle juga akan menyokong program-program pembangunan eksosistem start-up anjuran SCENIC di negeri tersebut.
Antara aktiviti sepanjang jelajah adalah sesi taklimat berkenaan Pelan Hala Tuju Ekosistem Start-up (SUPER), sesi demo portal MYStartup, sesi panel berkaitan ekosistem start-up serta peluang pembiayaan yang boleh dipohon oleh start-up. Turut diadakan adalah sesi perkongsian oleh rakan-rakan strategik program MYStartup dan sesi konsultasi secara one-to-one.
Cradle juga telah memeterai beberapa kolaborasi dengan rakan-rakan komuniti di siri jelajah sebelum ini seperti Digital Penang (siri jelajah edisi Pulau Pinang) dan TEGAS Digital Village (siri jelajah edisi Sarawak). Menerusi kolaborasi-kolaborasi tersebut, pelbagai aktiviti dijalankan seperti Digital Penang bootcamp dan Start-up Weekend (dengan tema sekuriti makanan) untuk ekosistem start-up tempatan.
Maklumat lanjut mengenai ekosistem start-up Malaysia, program-program yang bakal dianjurkan Cradle dan juga maklumat berkenaan hentian siri jelajah ‘MYStartup Roadshow’, start-up, pelabur, pemain industri dan pembina ekosistem sila layari dan mendaftar di platform MYStartup di www.mystartup.gov.my.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment