AMPengguna @ My LNA

Program Prosenium Pengguna Universiti Awam 2022 beri penekanan terhadap 4 modul kepenggunaan

551

BANDAR BARU BANGI, 23 Ogos 2022 – Perasmian Majlis Penutup Prosenium Pengguna Universiti Awam 2022 telah diadakan di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia pada hari ini dan ia disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Dato’ Rosol bin Wahid.

Menurut KPDNHEP, Program Prosenium Pengguna Universiti Awam 2022 merupakan anjuran bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM).

“Program ini merupakan satu pertandingan seni teater bertemakan kepenggunaan dengan penekanan kepada empat (4) modul kepenggunaan iaitu perlindungan pengguna, pengurusan kewangan berhemah, pemakanan sihat serta kelestarian alam sekitar.

Antara objektif utama program ini adalah bertujuan untuk menyebarluas pendidikan kepenggunaan melalui platform yang menarik serta meningkatkan tahap pendayaupayaan pengguna terutama di kalangan pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Pada masa yang sama, program ini diharap secara tidak langsung dapat merancakkan industri teater Malaysia terutamanya teater kampus.” kata KPDNHEP dalam satu siaran media hari ini.

Tambahnya, penganjuran Prosenium Penguna IPTA 2022 telah dilaksanakan mengikut zon secara berperingkat bermula di Universiti Malaya pada 29 Julai 2022 dan malam kemuncaknya adalah pada malam ini di Universiti Kebangsaan Malaysia di mana pemenang bagi pertandingan ini akan diumumkan.

“Pada tahun ini, sebanyak 11 buah IPT telah menyertai pertandingan ini dan seramai 200 orang pelajar IPT telah mengambil bahagian. Pelbagai isu kepenggunaan seperti isu scam, penjualan barang tiruan, manipulasi harga barangan, pencemaran alam sekitar dan sebagainya telah diketengahkan di dalam naskhah pementasan teater pada kali ini dan diharap pementasan teater ini merupakan satu pendedahan yang terbaik kepada pelajar IPT dalam memahami dengan lebih jelas berkaitan isu-isu kepenggunaan.

Kementerian percaya peranan yang dimainkan oleh pelajar IPT amat penting yang akan menjadi duta kecil Kementerian serta berperanan sebagai mata dan telinga Kerajaan dalam menyemarakkan dan menyebarluas program advokasi kepenggunaan di kalangan pengguna muda.” kata KPDNHEP.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...