AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

FFM32 DIBUKA PENCALONAN, PERTANDING 22 KATEGORI

423

Oleh FINAS

HULU KELANG, 23 Ogos 2022 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) hari ini membuka pencalonan Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang akan berlangsung pada 2 Disember 2022 di Melaka dengan tema ’Filem Kita, Citra Kita’.

Perkara tersebut diumumkan oleh YBrs. Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS dalam sidang media yang diadakan di Royal Selangor sempena pembukaan pencalonan FFM32 sehingga 30 September 2022 ini, serta senarai kategori yang bakal dipertandingkan.

Beliau memaklumkan penganjuran FFM32 amat signifikan dan memberi makna besar terhadap industri perfileman negara khususnya dalam meraikan karya-karya serta sumbangan karyawan tempatan.

”FFM harus diraikan dan dirakyatkan sebagai acara nasional bukan sahaja daripada aspek penganjurannya tetapi impak kepada penjenamaan filem tempatan sebagai sektor penting yang menyumbang kepada ekonomi kreatif dan budaya negara,” tambahnya lagi.

Penganjuran malam anugerah berprestij FFM32 dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) merupakan inisiatif Kerajaan membangunkan platform festival filem dalam mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan penggiat industri filem tanah air.

FFM32 merupakan manifestasi kepada usaha Kerajaan melalui K-KOMM dalam memperkasakan industri perfileman negara. Beberapa anugerah baharu turut diperkenalkan seperti Anugerah Filem Pendek Terbaik, Anugerah Seniman dan Seniwati Sepanjang Zaman.

Ini menjadikan 22 kategori dipertandingkan dan 9 anugerah yang akan disampaikan, selain turut memasukkan elemen-elemen antarabangsa dengan memperkenalkan Anugerah Filem Antarabangsa Terbaik dengan penglibatan juri-juri dari luar negara.

Turut diperkenalkan pada sesi sidang media ialah trofi FFM32 yang direka khas oleh Royal Selangor untuk diberikan kepada semua pemenang setiap kategori dan penerima anugerah.

Royal Selangor merupakan rakan strategik bersama penganjuran sidang media pertama FFM32 pada hari ini dan pemilihan Melaka sebagai lokasi utama penganjuran adalah cerminan usaha Kerajaan dalam meningkatkan kemajuan ekonomi negeri melalui pelaburan aktiviti perfileman serta pembangunan komuniti.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...