AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Lawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia ke Indonesia, perkukuh hubungan dua hala

106

20 Ogos 2022 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa memaklumkan bahawa ketika lawatan kerja rasmi beliau ke Republik Indonesia pada 18 hingga 20 Ogos 2022 beliau telah berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia, TYT Johnny Gerard Plate dan Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, TYT Sandiaga Salahuddin Uno, secara berasingan.

Kata Annuar antara perkara yang dibincangkan semasa sesi rundingan dua hala berkenaan adalah kerjasama kedua belah negara mengenai isu keselamatan siber, ekonomi digital, status mempertingkatkan rangkaian 4G dan 5G, perkhidmatan penyiaran melalui satelit serta kerjasama dalam bidang industri kreatif khususnya perfileman.

“Saya juga telah mengadakan lawatan ke Badan Aksesibilitas Telekomunikasi dan Informatika (BAKTI) sebaik sahaja tiba di Republik Indonesia bagi meneroka potensipotensi kerjasama dalam bidang telekomunikasi, satelit dan 5G melalui perkongsian inisiatif-inisiatif di Malaysia berkenaan pelaksanaan 5G dan perkhidmatan penyiaran melalui satelit di bawah kelolaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Satu lawatan ke MNC Group Indonesia yang merupakan antara syarikat pelabur terkemuka di Indonesia dalam bidang media dan hiburan juga telah diadakan. Saya percaya melalui platform ini dapat membuka serta meningkatkan lagi peluang kerjasama dalam industri filem antara kedua-dua negara yang sebenarnya sudah berlangsung lama, baik melalui produksi filem mahupun penglibatan artis filem kedua-dua negara sekali gus mampu meningkatkan kualiti sumber daya perfileman. Pertemuan ini mampu menyediakan platform terhadap kerjasama erat penggiat industri kreatif Indonesia dengan Malaysia sekali gus mampu diperluas dengan industri filem dari negara-negara lain.

Selain itu, saya juga berpeluang ke Telekomsel Indonesia untuk menyaksikan tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara syarikat 4WARD Picture Sdn. Bhd. dari Malaysia dan PT Melon iaitu salah satu anak syarikat Telekomsel Indonesia dalam usaha kerjasama menghasilkan filem bersama-sama.” kata Annuar.

Kata beliau, turut serta dalam program tersebut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan SKMM.

“Penyertaan FINAS adalah selaras dengan usaha dalam merangka strategi bagi menggalakkan penggiat seni kedua-dua negara memanfaatkan ketersediaan teknologi baharu dalam bidang perfileman untuk menjadi lebih kreatif dan berdaya saing menerusi pengurangan kos pemindahan kepakaran dan potensi pasaran di kedua-dua negara.

Manakala SKMM pula menjadikan lawatan ini sebagai platform untuk berkongsi inisiatif-inisiatif Malaysia yang selaras dengan matlamat Pelan Tindakan MyDIGITAL dalam Rancangan Malaysia Ke-12 serta aspirasi ekonomi digital Malaysia bagi mencapai visi Malaysia sebagai peneraju ekonomi digital serantau.” kata Annuar.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...