COVID-19 Kesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu menurun

15 Ogos 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web COVIDNOW, jumlah kes baharu COVID-19  setakat 14 Ogos 2022, 11:59 adalah sebanyak 3,040 kes tempatan dan 5 kes import.

Manakala jumlah kes sembuh setakat 14 Ogos, 11:59 pm adalah sebanyak 4,226.

Dalam pada itu setakat 14 Ogos, 11:59 pm seramai 16,201,805 penduduk di Malaysia telah mendapatkan keseluruhan dos vaksin dan juga dos penggalak pertama.