Kenyataan Media

PROGRAM CONSUMER FUN RIDE DAN PROGRAM JUALAN KELUARGA MALAYSIA MERANCAKKAN LAGI SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

534

Oleh KPDNHEP

KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2022 – Program Consumer Fun Ride (PCFR) dan Program Jualan Keluarga Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PJKM WPKL) anjuran bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNHEP WPKL), Selangor & F.T. Motorcycles & Scooter Dealers Association (SFTMSDA), AEON BiG dan AEON Credit sempena bulan Kebangsaan 2022 yang diadakan pada hari ini, 13 Ogos 2022 dan akan berlangsung sehingga 14 Ogos 2022 pastinya akan merancakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program PCFR melibatkan pelepasan konvoi bermotosikal dari Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi, 13 Ogos 2022 (Sabtu) oleh YB Dato’ Haji Kamaruddin bin Jaafar, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak bersama YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPDNHEP dan pengurusan tertinggi SFTMSDA. Konvoi bermotosikal ini dijangka akan mengambil masa satu (1) jam dibantu oleh PDRM dan polis trafik melalui jalan-jalan utama Kuala Lumpur sebelum menamatkan perjalanan di AEON BiG Danau Kota. Peserta konvoi bermotosikal (kira-kira 300 peserta) ini diberi sarapan, T-Shirt eksklusif dan bendara Malaysia sebelum pelepasan.

Di AEON BiG Danau Kota, peserta konvoi bermotosikal dan orang ramai akan disajikan dengan pelbagai program kesedaran keselamatan dan barang-barang tulen alat ganti motosikal, cabutan bertuah, pocket talk, baucar hadiah, pertunjukan hiduran dan makanan ringan.

Enam (6) booth tetap/bergerak akan dibuka untuk PCFR iaitu:

a. KPDNHEP (Price Catcher)

b. Kementerian Kesihatan Kesihatan

c. Jabatan Pengangkutan Jalan

d. Hong Leong Yamaha S/B.

e. Boon Siew Honda S/B (TBC)

f. Lembaga Kecantikan Negara (LKN)

Lima (5) ahli pengurusan tertinggi dari SFTMSDA, ahli-ahli persatuan dan wakil-wakil syarikat/kedai motosikal juga telah menyumbangkan hadiah untuk cabutan bertuah konvoi bermotosikal dan memberi
kerjasama padu kepada KPDNHEP WPKL untuk sama-sama menjayakan PCFR ini. Mereka turut bersama pengurusan tertinggi KPDNHEP dan wakil AEON BiG dan AEON Credit menghadiri majlis perasmian program CFR dengan menyambut ketibaan peserta konvoi bermotosikal di AEON BiG Danau Kota.

Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) Sempena Sambutan Hari Kermerdekaan pada tahun 2022

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 13 Ogos 2022 (Sabtu) di AEON BiG, Danau Kota bersama tetamu kehormat menandakan bermulanya PJKM WPKL bulan Kebangsaan 2022 yang akan berlansung selama dua hari iaitu 13 Ogos 2022 dan 14 Ogos 2022 bersama Program Consumer Fun Ride.

PJKM WPKL pada kali ini merupakan anjuran bersama KPDNHEP WPKL dengan AEON BiG, Danau Kota dengan kerjasama dari empat belas (14) pemain industri utama di WP Kuala Lumpur. PJKM WPKL
kali ini akan menawarkan barangan seperti ayam, sayur-sayuran, makanan laut dan lain-lain barangan keperluan asas dan harian seperti gula, tepung, beras, minyak masak, barang makanan proses, dan lainlain dengan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran setempat.

Terdahulu PJKM WPKL dengan bertemakan “Pay-day Deals” telah dilakasanakan secara in-house pada 30 dan 31 Julai 2022 dengan kerjasama dari enam belas (16) pasar raya di sekitar WP Kuala Lumpur yang telah mendapat sambutan baik dari penguna. Sekali lagi KPDNHEP telah mendapat komitmen penuh dari Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Program MyGrocer@Wilayah, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui agensi mereka Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang telah turut serta menjayakan PJKM WPKL pada kali ini. Pemain industri yang telah mengambil bahagian di dalam PJKM WPKL sempena sambutan bulan Kebangsaan 2022 adalah:

a. Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Program MyGrocer@Wilayah

b. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui agensi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

c. AEON BiG – BiG Value

d. Syarikat Faiza

e. QL Egg / Malayan Flour Mills Berhad

f. OEL Rice / ADABI

g. FFM Berhad

h. Mamee

i. Nestle

j. Etika

k. Mondelez

l. Lam Soon

m. PET PET / Kimberly Clark

n. Sekoplas

KPDNHEP WPKL mengalu-alukan agar lebih banyak pasar raya menyahut dan menyokong usaha Kerajaan dengan menyertai Program Jualan Keluarga Malaysia yang akan datang yang bakal akan diambil oleh Kementerian Willayah Persekutuan. Inisiatif ini juga akan diperluaskan lagi secara berperingkat supaya manfaat dapat dinikmati oleh setiap peringkat Keluarga Malaysia di bandar dan di luar bandar.

Kedua-dua program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran pengguna dan juga membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia, di samping menjadi pemangkin kepada masyarakat pengguna untuk merancang pembelian dan membuat pilihan yang bijak.

KPDNHEP mengingatkan agar rakyat supaya sentiasa mengetahui tanggungjawab dan menggunakan hak mereka sebagai pengguna, manakala peniaga pula haruslah mengamalkan sikap beretika dalam menjalankan perniagaan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...