KHAS Komuniti

Program Suara Keluarga Malaysia dan Gegar Komuniti di Sungai Acheh, Nibong Tebal

Oleh J-KOM

Program Suara Keluarga Malaysia dan Gegar Komuniti oleh Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) hadir mengegarkan suasana Sungai Acheh, Nibong Tebal yang berlangsung selama dua (2) hari bermula pada 6 Ogos 2022 sehingga 7 Ogos 2022.

Intipati program ini dilaksanakan bagi menyantuni sasaran premier J-KOM di peringkat akar umbi iaitu komuniti di daerah, mukim, taman perumahan, kampung dan sebagainya dalam usaha mendengar permasalahan, isu dan keperluan komuniti diperingkat akar umbi.

Program dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada YBhg. Dato Dr. Zuraidi Ishak selaku Ketua Pengarah J-KOM dan upacara perasmian oleh YBhg. Datuk Shafie bin Haji Kassim, Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen (MPUKP).

Program ini turut mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah, JPJ, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JAPEN, KEMAS, JPNIN, PDRM, RELA, AADK dan Persatuan Mahasiswa Nibong Tebal.

Program ini turut mempersembahkan penampilan khas PU Rahmat sebagai penceramah jemputan, diteruskan dengan aktiviti senamrobik, demonstrasi pemadaman api, pemeriksaan kesihatan dan pameran agensi-agensi kerajaan.

Turut hadir ialah YBhg. Dato Dr. Zuraidi Ishak, Ketua Pengarah J-KOM, YBrs. Dr. Haji Al-Azharri Siddiq bin Haji Kamunri, TKP (KK), Pegawai-pegawai kanan J-KOM dan agensi-agensi kerajaan.