Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

SMS palsu kredit bantuan kewangan ke akaun TNG, MCMC ingatkan orang ramai berwaspada

101
Woman Hand holding smart phone blank screen. Copy space. Hand holding smartphone isolated on white background.

CYBERJAYA 5 Ogos 2022 – Orang ramai diingatkan agar berwaspada dan tidak terpedaya jika telah menerima SMS daripada ID Penghantar ‘GOV’ menggunakan nama organisasi MySejahtera yang memberitahu pengguna bahawa bantuan khas kewangan telah dikreditkan ke akaun Touch N Go (TNG) eWallet mereka.

Dalam satu kenyatan media hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa pihaknya mendapati bahawa terdapat penyalahgunaan ID penghantar ‘GOV’ di
mana pihak tidak bertanggungjawab telah memanipulasikan ID penghantar ini untuk tujuan penipuan.

“Untuk makluman, hebahan SMS melalui ID Penghantar ‘GOV’ dikhususkan bagi membuat Pesanan Khidmat Awam (PKA) berkenaan inisiatif-inisiatif oleh Kementerian dan Agensi kerajaan yang terlibat.

Peringatan ini dikeluarkan sejajar dengan penafian oleh pihak MySejahtera berkenaan pesanan SMS palsu berkaitan pemberian bantuan kewangan kepada orang ramai. Pihak PDRM turut telah menggesa orang ramai supaya berwaspada dengan taktik serta modus operandi penipuan.

Tindakan sekatan telah diambil oleh MCMC ke atas akses pautan palsu tersebut.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member