AMParlimen @ My LNA

KPKT sedang dalam tindakan melaksanakan semakan terhadap Akta 672

119

KUALA LUMPUR 3 Ogos 2022 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican memaklumkan bahawa KPKT sedang dalam tindakan melaksanakan semakan terhadap Akta 672 bagi mengukuhkan elemen ekonomi kitaran secara keseluruhan.

Katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Parlimen hari ini, penguatkuasaan Akta 672 ketika ini telah mencakupi semua jenis sisa pepejal terkawal termasuklah sisa makanan.

“Walau bagaimanapun, pelaksanaan Akta ini adalah terhad kepada sektor isi rumah dan industri, komersial dan institusi (ICI) dan sektor pembinaan di negeri-negeri yang menerima Akta 672 sahaja serta tidak merentasi kesemua sektor pembuatan makanan atau industri makanan secara keseluruhannya serta hanya melibatkan sebanyak 7 negeri sahaja.

Oleh itu, menerusi semakan semula Akta yang sedang dilaksanakan ketika ini, Kementerian berhasrat untuk memberi tumpuan dan mengkaji kaedah untuk memantapkan lagi pengurusan sisa makanan supaya ianya lebih sistematik dan dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Kerjasama dan perkongsian maklumat daripada pelbagai pihak adalah amat penting bagi menghasilkan satu perundangan baharu yang lebih berkesan. ” kata Reezal.

Jelasnya lagi, sebagai permulaan, KPKT dengan kerjasama Kementerian Alam Sekitar Jepun (MOEJ) sedang membangunkan garis panduan pengurusan sisa makanan.

“Dengan kerjasama ini, Kementerian akan turut mencontohi kejayaan negara tersebut dalam mewujudkan perundangan khusus yang menyokong pengurusan sisa makanan yang lestari.” kata Reezal.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles