Home AM Melaka dipilih sebagai lokasi bagi penganjuran Magic of The Night 2022
AMKHASPelanconganSeni dan Budaya

Melaka dipilih sebagai lokasi bagi penganjuran Magic of The Night 2022

1 Ogis 2022 – Negeri Melaka dipilih sebagai lokasi bagi penganjuran Magic of The Night (MOTN) 2022 kerana terkenal sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan budaya serta adatnya yang bersesuaian diketengahkan kepada seluruh Keluarga Malaysia.

Dalam satu siaran media hari ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata program MOTN tersebut juga merupakan salah satu inisiatif Kementerian untuk menyemarakkan kegiatan ekonomi di negeri Melaka di mana ia melibatkan ramai pihak, terutama tourism industry players serta menarik kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa ke Melaka sempena program tersebut.

Kata MOTAC, pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung antaranya Tourism Career Fair, Festival Kota Selatan, Perasmian Galeri Warisan Kota Melaka & Pelancaran Buku Warisan Kebangsaan Orang Hidup (WAKOH), Magical Melaka Food & Fruit Fest dan banyak lagi.

“Tourism Career Fair ialah salah satu langkah proaktif oleh MOTAC dalam membantu para penggiat industri pelancongan yang mengalami isu kekurangan pekerja akibat pandemik COVID-19. Ia membuka peluang kepada golongan yang sedang mendapatkan kerjaya dalam sektor tesebut.

Festival Kesenian Kota Selatan mengetengahkan keunikan 3 negeri di selatan tanah air iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan melibatkan persembahan kebudayaan seperti teaterikal silat, joget, zapin, dan randai, pertandingan dan showcase.

Perasmian Galeri Warisan Kota Melaka & Pelancaran Buku Warisan Kebangsaan Orang Hidup (WAKOH) sebagai mempromosikan Galeri Warisan Kota Melaka sebagai produk pelancongan baharu dan pusat rujukan di Negeri Melaka Magical Melaka Food & Fruit Fest pula memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai makanan tradisi serta produk makanan yang terdapat di Melaka. Pelbagai aneka juadah makanan akan disajikan, demonstrasi melibatkan masakan serta pameran Replika Durian (terbesar di Malaysia) untuk dicatatkan di dalam “Malaysia Guinness Book of Record”. kata MOTAC.

Tambah MOTAC, acara kemuncak ialah Malam Gala Magic of The Night 2022 bertemakan “Maddana di Bumi Bertuah” yang akan diadakan pada 6 Ogos 2022 jam 8.30 malam. Menariknya ialah, persembahan dan perasmian ini akan diadakan di atas pentas terapung di Dataran Sungai Melaka yang merupakan pentas terapung dibina oleh MOTAC.

MOTN 2022 anjuran MOTAC dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka akan diadakan selama tiga (3) hari bermula pada 5 hingga 7 Ogos 2022 bertempat di Dataran Sungai Melaka, Melaka.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...

AMBizEkonomiMY LNAPengguna

Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5

KAJANG, 26 Mac 2023 – Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, sebuah...

AMIsu SemasaMY LNA

Phoong komited selesaikan Project Star City yang lama terbengkalai

SABAH 25 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah, Phoong...

AMCuacaMY LNA

Hujan lebat dijangka berlaku di Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan

26 MAC 2023 – Jabata Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu...