AM

Gangguan bekalan elektrik : siasatan dijangka selesai dalam tempoh sebulan

64

31 Julai 2022 – Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan bahawa Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih menjalankan siasatan berhubung kejadian gangguan bekalan elektrik yang melibatkan beberapa kawasan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada Rabu, 27 Julai 2022 yang lalu.

Katanya siasatan tersebut dijangka selesai dalam tempoh masa satu bulan daripada tarikh kejadian gangguan bekalan.

Menurut Takiyuddin dalam satu kenyataan media semalam, selain memastikan punca dan kesan gangguan, siasatan tersebut turut meneliti dan menentukan sama ada kejadian tersebut mematuhi Standard Prestasi Perkhidmatan (Guaranteed Service Level – GSL) TNB atau sebaliknya, dan seterusnya akan menjadi asas penentuan sama ada pelanggan yang terlibat layak diberikan rebat atau pun tidak.

“GSL merupakan dokumen Standard Prestasi Perkhidmatan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga dalam memastikan kualiti bekalan elektrik dan perkhidmatan yang diberikan oleh TNB dalam keadaan yang terbaik. Sekiranya pihak TNB gagal mematuhinya, penalti akan dikenakan dalam bentuk rebat kepada pengguna-pengguna yang terlibat.

Dalam kejadian Rabu minggu lalu, sekitar sejuta pengguna di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia dilaporkan terjejas berikutan gangguan bekalan elektrik yang tercetus mulai jam 12:39 tengah hari. Bagaimanapun, bekalan elektrik dapat dipulihkan secara berperingkat seawal 20 minit hingga 2 jam 21 minit, iaitu tidak melebihi GSL terkini yang telah diluluskan pada 22 September 2020.

Walau bagaimanapun, keputusan muktamad kelayakan pelanggan untuk mendapatkan rebat adalah tertakluk kepada hasil siasatan yang sedang dijalankan.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MCMC buat laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo

CYBERJAYA 20 April 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...