Kempen “Golden Ticket” kini kembali dengan baucar membeli-belah
bernilai RM144,000 untuk dimenangi
PUTRAJAYA, 29 Julai 2022 – “Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu”. Berikutan pepatah melayu yang sinonim dengan tuah pemenang hadiah utama kempen cabutan bertuah “The Big Win” yang berlangsung di Pusat Beli-Belah Alamanda. Majlis penyerahan hadiah utama yang merupakan sebuah “Proton X50 Flagship” kepada pemenang Rabiatul Afiqah Mohd Rahim itu disaksikan oleh para media serta para pengunjung lain yang menyambut kemenangan beliau dengan ucapan tahniah.
“Saya sangat terkejut dan tidak percaya saya menang cabutan bertuah ini semasa menerima panggilan dari pihak Alamanda. Agak kerap juga saya menyertai pertandingan cabutan bertuah sebelum ini tetapi “tuah” saya belum kunjung tiba sehingga saat ini,” ujar surirumah berusia 30 tahun tersebut.
Rabiatul Afiqah yang menetap di Seremban turut berkata beliau seringkali mengunjungi Alamanda memandangkan ibu dan abang beliau tinggal berdekatan. “Lokasi Alamanda yang sangat strategik ini amat memudahkan perjalanan dan pengalaman membeli-belah saya dan keluarga yang mana kami boleh mendapatkan hampir apa sahaja yang kami cari, pastinya ada di Alamanda.”
Kempen membeli-belah “The Big Win” tamat pada 26 Jun 2022 lalu. Dengan setiap pembelian bernilai RM300 dimana-mana kedai terpilih berserta maksimum dua resit pembelian, para pembeli layak menerima sekeping baucar beli-belah bernilai RM30 dan satu penamaan untuk menyertai pertandingan cabutan bertuah. Setiap pembeli yang layak dibenarkan membuat tiga penamaan maksimum untuk satu hari.
Hadiah utama Proton X50 yang ditawarkan adalah varian “Flagship” yang dilengkapi dengan kepelbagaian ciri dan spesifikasi premium dan menarik. Harga atas jalan bagi Proton X50 Flagship adalah RM103,300 (tidak termasuk insuran) yang mana ianya adalah satu-satunya varian yang dilengkapi dengan bumbung panoramik, 1.5L TGDi Enjin 3-Silinder turbo suntikan terus dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) 2.0.
Kejayaan kempen ini adalah hasil usaha kolaborasi bersama pihak Alamanda dan pengedar sah Proton Malaysia, The Apple Auto Services & Tyres Sdn Bhd yang berlokasi di Bandar Baru Bangi. Pusat perkhidmatan servis ini adalah antara pusat servis ternama Proton 4S yang bukan sahaja menawarkan perkhidmatan servis kereta, penjualan alat ganti dan pengedaran kereta proton sah malah perkhidmatan cat kereta juga turut disertakan bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan kepelbagaian perkhidmatan dibawah satu bumbung.
Kempen “The Golden Ticket”
Keriangan di Alamanda diteruskan dengan pelancaran kempen ganjaran harian. Kempen yang akan berlangsung pada hari ini sehingga 21 Ogos 2022 mengundang para pengunjung untuk memenangi cabutan bertuah segera apabila pembelian minimum yang bernilai RM300 melalui dua bukti resit daripada mana-mana kedai terpilih di Alamanda layak menyertai cabutan
bertuah segera ini.
101 kotak mini yang mengandungi baucar beli-belah Alamanda akan dibuka setiap hari, yang mana salah satu daripadanya mengandungi sekeping “Golden Ticket” bernilai RM1000 dan sekeping baucar “White Ticket” yang bernilai RM50 bagi 100 kotak yang lain. Pihak pengurusan Alamanda ingin memastikan tiada pembeli yang akan pulang tanpa sebarang habuan! Bagi meningkatkan tahap keterujaan, setiap lebihan hadiah akan digabungkan dengan 101 hadiah untuk hari berikutnya.
Para pembeli dikehendaki untuk membawa bukti resit ke kaunter pertanyaan pada hari pembelian. Had penyertaan adalah satu hadiah untuk setiap pembeli untuk setiap hari selagi stok masih ada.
“Kepelbagaian tawaran menarik yang diadakan oleh pihak Alamanda adalah satu daya usaha untuk kami terus menghargai para pengunjung setia. Dengan kadar pemulihan ekonomi yang kian meningkat, pihak kami berharap agar inisiatif ini akan mendorong momentum positif yang berterusan untuk kita menginjak ke fasa hujung tahun yang lebih kukuh,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn. Bhd.
Turut hadir di sidang penyerahan hadiah tersebut adalah Pengurus Besar Alamanda, Pang Sook Fong juga Ketua Pegawai Eksekutif The Apple Auto Services & Tyres Sdn Bhd, Vincent Phang.
Untuk sebarang maklumat mengenai Kempen “Golden Ticket” sila berhubung dengan pegawai pertanyaan di kaunter pertanyaan dan sila layari www.alamanda.com.my.
- From Farm to Screen: Shopee’s Kempen Tani Cultivates Online Success for Agropreneurs
- UM launches Green@UMHealth, Malaysia’s first sustainable academic health centre
- More uncertainties expected in COP29, positioning Malaysia
- The New Meme Coin Trend This Christmas Season [$Chillmas]: The Perfect Collision of Chill Guy and Christmas
- LGI Homes Celebrates Major Milestone with 75,000th Home Closing
Leave a comment