PUTRAJAYA, 30 Julai 2022 – Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob hari ini merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022.
Sambutan kali ini diadakan secara meriah dengan berkonsepkan terbuka (outdoor) serta melibatkan penyertaan Keluarga Malaysia melalui program ‘Berjalan Teguh Bersama’, dan Konvoi Kembara Keluarga Malaysia 2022 (KKM2022).
Program ‘Berjalan Teguh Bersama’ yang diadakan ini membawa mesej kebersamaan sejajar aspirasi Keluarga Malaysia dan semangat perpaduan, dengan jangkaan penyertaan 15,000 orang Keluarga Malaysia, yang berjalan secara santai sejauh 2.7 kilometer bersama keluarga.
Program ini disertai oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, serta Jemaah Menteri.
Selain itu, pelepasan Konvoi KKM2022 oleh YAB Perdana Menteri juga menandakan bermulanya kembara ke negeri-negeri seluruh Malaysia.
KKM2022 ini berkonsepkan serahan baton iaitu Baton Jalur Gemilang yang menjelajah ke seluruh negara bermula di Dataran Putra, Putrajaya dan melalui perjalanan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan. KKM2022 ini akan berakhir pada 31 Ogos 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur iaitu lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Konvoi keseluruhan KKM2022 melibatkan 434 kenderaan melibatkan jumlah peserta seramai 530 orang.
Penganjuran program pada tahun ini melibatkan penyertaan kenderaan daripada Kementerian, Jabatan dan agensi di peringkat persekutuan, negeri dan daerah, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta kelab permotoran dari pelbagai latar belakang.
Keluarga Malaysia yang hadir memeriahkan pelancaran ini turut dihiburkan dengan persembahan muzik Irama Gema Asal, Irama Borneo, persembahan artis jemputan serta Pameran Kenegaraan iaitu ‘Dasawarsa Kemerdekaan’, pancaragam sekolah, penampilan maskot-maskot kegemaran kanak-kanak seperti Upin Ipin, badut belon dan lain-lain.
Justeru, bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan, seluruh Keluarga Malaysia diseru untuk terus mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara dan menggelorakan semangat patriotisme.
Maklumat lanjut berkaitan aktiviti dan pertandingan sepanjang Bulan Kebangsaan 2022 boleh didapati dengan melayari portal Merdeka 360 melalui pautan http://merdeka360.my/web/
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
- Step into Hong Kong: Experience the “Immersive Hong Kong” Exhibition in Dubai
- ZJLD Awarded the 2024 Hong Kong Corporate Governance and ESG Excellence Award by the Chamber of Hong Kong Listed Companies
Leave a comment