Pendapat @ My LNA

ISU DOKUMEN PERJANJIAN TANAM SEMULA FELDA BERAT SEBELAH

173

SHAH ALAM 27 Julai 2022 : Kenyataan YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) merangkap Ahli Parlimen Jeli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas, Kelantan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia ketika menjawab soalan YB Datuk Dr Hasan Bahrom, Ahli Parlimen Tampin daripada Pakatan Harapan di Parlimen hari ini, dimana YB Menteri menyatakan bahawa faktor-faktor yang mendorong Peneroka mengurus tanam semula secara individu
antaranya adalah Peneroka tidak ingin berkongsi pendapatan secara blok atau secara peringkat, isu pewarisan, ingin berdikari, isu kekurangan buruh diladang, tiada kesepakatan waris untuk mengurus kebun dan anak-anak Peneroka yang kembali ke FELDA untuk menguruskan kebun.

Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) ingin memaklumkan bahawa kenyataan ini adalah tidak tepat dan mengelirukan ahli dewan. Hal ini adalah kerana terdapat beberapa persoalan yang dikemukakan oleh pihak Peneroka yang belum diselesaikan oleh pihak FELDA iaitu dokumen Perjanjian Tanam Semula yang diberikan kepada Peneroka untuk ditandatangani ini adalah berat sebelah yang hanya memberi kelebihan kepada FELDA dan bukan kepada Peneroka serta ditambahkan pula dengan pengurusan FELDA yang tidak efektif dalam menangani isu-isu berkenaan tanam semula dan dokumen perjanjian yang tidak mengikut standard proses penanaman semula sawit.

YBhg Tan Sri Rozali Ismail, Presiden Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) telah membuat perjumpaan 4 mata bersama YB Tan Sri Idris Jusoh, Pengerusi FELDA pada 20 September 2021 di Wisma Rozali, Shah Alam serta menyerahkan sendiri cadangan penambahbaikan dokumen perjanjian tanam semula untuk diteliti dan gunapakai oleh FELDA, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak FELDA.

Dalam pada itu, Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) juga telah menghantar memorandum kepada YAB Perdana Menteri pada 15 September 2021 mengenai isu yang sama tetapi tidak ada sebarang maklumbalas berkenaan memorandum ini daripada pihak YAB Perdana Menteri.

Oleh itu, para Peneroka yang tidak mahu menyerahkan ladang mereka kepada FELDA untuk diuruskan dan ditadbir tidak boleh disalahkan. Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) berharap isu tanam semula dan syarat perjanjian ini yang dicadangkan oleh GWGF perlu diteliti serta tindakan segera perlu diambil. Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) akan mengemukakan perkara ini kepada pihak mahkamah jika tiada sebarang tindakan yang diambil oleh FELDA.

Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) memohon agar YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed dapat memperbetulkan kenyataan yang dibuat agar tidak mengelirukan ahliahli dewan di Parlimen dan Peneroka-Peneroka FELDA khususnya serta rakyat Malaysia amnya.

En. Mohd Ismail Masri
Setiausaha Agung GWGF
isma_iz@yahoo.com

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...