23 Julai 2022 – Pada hari ini, Program Kerjasama Strategik Antirasuah antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diadakan di Taman Jaya, Petaling Jaya, Selangor.
Program yang dihadiri Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), YDH Komisioner Polis Dato’ Sri Azri bin Hj. Ahmad dan Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Tuan Nurahim bin Abd. Rahim, Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, SPRM turut menyaksikan berlangsungnya upacara melafaz dan menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR).
“Program tersebut bertujuan menyampaikan mesej kepada orang ramai berkaitan menghindari perbuatan menawarkan rasuah terhadap penjawat awam dan mendidik warga PDRM agar mengamalkan nilai murni serta integriti seterusnya menolak perbuatan menerima rasuah.
Pelaksanaan program tersebut juga adalah selaras dengan Pelan Antirasuah Polis Diraja Malaysia (PAPDRM) 2020-2024 yang merupakan terjemahan manifestasi komitmen PDRM dalam menyahut seruan kerajaan yang ingin menjadikan negara bebas rasuah dan berintegriti tinggi.
Melalui program tersebut juga, orang ramai yang hadir turut berpeluang mendengar ceramah bertajuk “perangi pemberi rasuah” yang disampaikan oleh pegawai sprm selain pameran daripada kedua-dua agensi penguat kuasa terbabit.” kata Setiausaha Polis Malaysia DCP Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambahnya, jalinan kerjasama tersebut merupakan kesinambungan daripada pemeteraian memorandum persefahaman bersama sprm sejak tahun 2016 dalam usaha menangani jenayah rasuah dengan lebih berkesan.
- Join the PQ.Hosting Affiliate and Reseller Programs for Increased Revenue and Client Growth
- KFSHRC Introduces Pioneering Virtual Pathology Services in Madinah
- In celebration of the 75th anniversary of the founding of the People’s Republic of China, Sun Hung Kai Properties’ New Town Plaza 40th anniversary celebration ceremony
- Hong Kong Accident Lawyers Launches Comprehensive “Hong Kong Traffic Black Spots Database” to Enhance Road Safety for Drivers and the Public
- Chancay to Shanghai — Alpacas on the Move
Leave a comment