23 Julai 2022 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpandangan cadangan pelaksanaan peruntukan generasi penamat (GEG) dalam Rang Undang-Undang Kawalan Hasil Tembakau & Merokok adalah satu langkah progresif bagi mengelakkan generasi tersebut dari terjebak dengan tabiat merokok dan menjadi mangsa ketagihan produk merokok.
Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini berkata ia akan membuka satu lembaran baharu untuk membentuk generasi Malaysia yang lebih sejahtera, sihat dan mapan yang kurang terdedah kepada risiko penyakit kronik dan secara tidak langsung akan mengurangkan kos merawat penyakit berkaitan rokok.
“Ini penting memandangkan anggaran kos untuk merawat penyakit berkaitan merokok dan penyakit EVALI (e-cigarette or vaping useassociated lung injury) tanpa bil ini masing-masing akan meningkat kepada RM8.77 bilion dan RM369 juta menjelang 2030. Kos ini sangat besar untuk ditanggung oleh sektor penjagaan kesihatan awam dan tidak boleh dipandang ringan.
Selain itu, ia adalah satu proses untuk mengurangkan kebergantungan keuntungan kewangan dan ekonomi dengan bahan-bahan yang melibatkan industri tembakau.”
Jelas Faisal, keseluruhan industri tembakau hanya menyumbang kepada 0.18% daripada KDNK Malaysia, maka proses untuk mengurangkan kebergantungan keuntungan ekonomi dengan industri berasaskan tembakau ini adalah wajar dan munasabah.
“Dalam masa sama, elemen pencemaran yang datang dari industri tembakau dan kegiatan merokok juga akan dapat dikurangkan.” ujar Faisal.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment