AMEkonomi @ My LNA

Strategi 5 Serampang Telah Menunjukkan Hasil Dalam Menangani Isu Harga Barang

332

20 Julai 2022 – Usaha membantu pemulihan ekonomi negara oleh Kementerian Perdagangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)  jelas menampakkan keberkesanannya ekoran beberapa tindakan proaktif yang diambil.   Fokus utama yang diberikan dalam perkara ini  iaitu menilai semula semua inisiatif dan program Kementerian berimpak tinggi menerusi perdagangan dalam negeri dan pendayaupayaan pengguna dalam bidang jualan Perdagangan Borong dan Runcit Malaysia, telah berjaya mencatatkan rekod baharu pada Mei 2022 dengan pertumbuhan 19.9 peratus, berjumlah RM129.8 bilion seperti yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pada sidang media hari ini,  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi, menyatakan akan meneruskan Strategi 5 Serampang dalam menangani inflasi dan kos sara hidup dan bekerjasama erat dengan Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi, adalah:

  • Kawalan harga barang keperluan asas menerusi subsidi bersasar
  • Libat-urus berterusan bersama pemain industri bagi menstabilkan harga
  • Peningkatan penguatkuasaan melalui kolaborasi dengan semua agensi penguatkuasaan untuk mengurangkan ketirisan terutama barang bersubsidi
  • Mememperluaskan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) meliputi 613 kawasan Dewan Undangan Negeri dalam usaha mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat melalui tawaran barangan asas yang murah sehingga 20 peratus berbanding harga di pasaran setempat
  • Advokasi perubahan kecil terhadap gaya hidup mengguna untuk mempengaruhi permintaan dan seterusnya harga barangan di pasaran tempatan

“Strategi-strategi tersebut telah menampakkan hasil terutama berkaitan isu bekalan dan harga ayam dan telur. Manakala  harga minyak masak botol pula, dijangka akan turun dalam masa dua minggu lagi selari dengan turunnya harga minyak masak mentah dari RM7,000.00 per tan metrik kepada RM3,600.00 per metrik tan minggu ini,” ujar Alexander

Beliau juga menjelaskan tentang kerjasama yang diberikan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam membantu beberapa kumpulan sasar iaitu:

  • Memberi sumbangan zakat berbentuk kerusi roda kepada seorang kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
  • Memberi sumbangan zakat  kepada tiga rumah kebajikan berjumlah RM5,000.00 setiap rumah kebajikan iaitu  Rumah Amal Limpahan Kasih, Rumah Anak Yatim Sungai Kantan dan Rumah Kebajikan Noor Manzil.
  • Menyumbang sejumlah RM15,000 kepada tiga rumah kebajikan iaitu Rumah Victory Elderly Home, House Of Joy (Joy To The World), Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Shan Xing.
  • SSM juga telah meluluskan agihan peruntukan wakalah zakat korporat SSM sebanyak RM6,652,009.00 kepada golongan asnaf fakir miskin dan asnaf fisabilillah di seluruh negara dari 1 Januari hingga 15 Julai 2022.
  • SSM juga telah mengagihkan sebanyak RM529,278.00 peruntukan CSR  kepada golongan yang memerlukan dalam tempoh yang sama.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...