Ekonomi @ My LNA

Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen mulai esok hingga 27 Julai

124

20 Julai 2022 – Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 21 Julai 2022 hingga 27 Julai 2022 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter daripada RM4.75 kepada RM4.65 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Jelas Kementerian, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.

Tambah Kementerian, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNAUTAMA

Sesi Walkabout PM ke Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Taman Perpaduan, Perak

IPOH, 25 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

PADU : Elakkan pendaftaran di saat terakhir

PUTRAJAYA, 25 Mac 2024 – Pangkalan Data Utama (PADU) telah menyaksikan peningkatan...