KUALA LUMPUR 19 Julai 2022 – Bagi menghadapi ancaman varian BA.5, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mempersiapkan beberapa langkah proaktif.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin antara langkah adalah mengaktifkan semula National COVID-19 Rapid Response Task Force (RRTF) apabila peningkatan kes COVID-19 mencapai suatu nilai ambang yang dikenal pasti.
“Pasukan RRTF ini ditubuhkan bagi mengelakkan krisis apabila sistem kesihatan di Malaysia semakin dibebani dengan lambakan kes COVID-19. Antara objektif utama penubuhan pasukan RRTF adalah bagi:
a) Menyelamatkan nyawa dengan memastikan akses rakyat kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan hospital terjamin serta melakukan pemantauan kes positif COVID-19 melalui Pusat Penilaian COVID-19 secara maya (Virtual COVID-19 Assessment Centre);
b) Memastikan akses kecemasan dan krisis sentiasa tersedia apabila diperlukan, seperti menyediakan jumlah ambulans yang mencukupi dan tepat waktu melalui sistem pengurusan berpusat;
c) Memastikan kebajikan individu yang terkesan dengan jangkitan COVID-19 tidak terabai termasuk anak-anak kepada kes positif selain menitikberatkan kesihatan mental mereka; dan
d) Memastikan pengendalian dan penyampaian komunikasi strategik yang berkesan bagi mengurangkan serta meredakan kegusaran dalam kalangan masyarakat umum.
(ii) Memperkenalkan penggunaan ubat antiviral Paxlovid ke dalam COVID-19 Clinical Care Pathway sejak 15 April 2022 dalam kalangan pesakit yang menerima rawatan di Klinik Kesihatan, CAC, PKRC dan hospital KKM. Ubat ini merupakan ubat antiviral oral pertama di Malaysia untuk merawat pesakit COVID-19 yang mengalami gejala ringan hingga sederhana, atau pun kategori 2 dan kategori 3. Keutamaan pemberian
rawatan Paxlovidï‚® adalah kepada kumpulan pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi.” kata Khairy.
Tambah Khairy, bagi memastikan akses yang lebih baik kepada pesakit, rawatan ini telah juga diperluaskan ke fasiliti kesihatan swasta dikenal pasti bermula 20 Jun 2022.
“Pemberian ubat ini kepada pesakit di fasiliti kesihatan swasta adalah secara percuma. Namun, pesakit masih tertakluk kepada caj khidmat rundingan dan lain-lain caj berkaitan yang ditentukan oleh fasiliti kesihatan swasta tersebut.” ujarnya.
- The role of university and community in achieving SDGs
- Recover Red Introduces Portable Red Light Therapy Solution: The Power Stack
- BexBack Breaks Boundaries: Anonymous Trading with 100x Leverage on Perpetual Contracts and 100% Deposit Bonus!
- BC.GAME Launches Wukong Slot, Inspired by the Epic Adventures of Black Myth: Wukong
- BAKE Cheese Tart Returns to Singapore: A Freshly Baked Delight from Hokkaido
Leave a comment