Ekonomi @ My LNA

Kerajaan Komited Selesaikan Masalah Pengambilan Pekerja Asing, Mengurangkan Birokrasi dan Sekuriti Makanan

197

19 Julai 2022 – Satu Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi yang membincangkan pengambilan pekerja asing, mengurangkan kerenah birokrasi dalam penyampaian perkhidmatan awam dan sekuriti makanan telah  dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Yaakob.

Menurut Perdana Menteri dalam kenyataan media pada hari ini, Kerajaan mendengar keluhan dan pandangan dari pemain industri berkaitan pasaran buruh negara yang kini berdepan dengan kekurangan tenaga kerja asing yang kritikal. Kerajaan akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan pihak swasta melalui sesi libat urus secara berterusan.

Mesyuarat telah menetapkan beberapa keputusan seperti berikut:

Pertama, Kerajaan kekal komited bagi mendepani isu dan cabaran pengambilan pekerja asingdengan mengambil beberapa pendekatan berikut:

  • Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama pihak industri, persatuan perniagaan dan pihak berkenaan mengadakan pertemuan secara bersemuka bagi menyelesaikan isu-isu pengambilan pekerja asing sehingga penghujung bulan Julai ini.
  • Para majikan digesa untuk mempertimbangkan pengambilan pekerja asing dari negara sumber yang telah diluluskan dan tidak bergantung kepada negara sumber tradisi sahaja.
  • KSM digesa mempercepatkan pelaksanaan proses temuduga majikan dengan menambah bilangan penemu duga di One StopCentre (OSC) mengikut zon dan negeri-negeri.

Kedua, mesyuarat mengambil maklum akan prestasi program MyMudah yang telah dilaksanakan di peringkat kementerian oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi menyelesaikan  kerenah birokrasi ekoran banyak rungutan diterima daripada pihak industri.

Jelas Ismail Sabri, melalui pengukuhan program MyMudah, sebanyak 30 peratus isu-isu yang diterima melalui MyMudah telah diselesaikan dalam masa kurang daripada 60 hari seperti mana yang disasarkan.

“Sehubungan itu, Kerajaan turut menggesa MPC berusaha untuk menyelesaikan kes-kes kompleks dalam tempoh 60 hari juga. Justeru, mesyuarat bersetuju supaya MPC menyegerakan penubuhan Unit MyMudah bagi kementerian yang belum melaksanakannya.

“Tumpuan juga perlu diberikan kepada penubuhan MyMudah di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memastikan isu-isu birokrasi di peringkat tersebut dapat ditambah baik.” kata Ismail Sabri.

Ketiga, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan diminta melaksanakan program-program berkaitan sekuriti makanan negara yang telah dipersetujui Kerajaan dengan segera.

“Kerajaan sentiasa berusaha memastikan permasalahan yang dihadapi oleh pemain industri diselesaikan dengan segera melalui usaha sama oleh semua pihak bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia secara inklusif dan menyeluruh,” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah...