Kuala Lumpur 15 Julai 2022 – Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Romania ke Malaysia, Puan Yang Terutama Nineta Bărbulescu di pejabatnya hari ini.
Kunjungan hormat ini dilakukan sebagai salah satu usaha Kedutaan Romania untuk bertukar-tukar pandangan mengenai beberapa isu antarabangsa, perdagangan dan sistem pentadbiran kedua-dua negara. Pada kesempatan itu juga, Tan Sri Rais turut menerangkan tentang peranan Badan Perundangan, khususnya Dewan Negara, dalam sistem kenegaraan dan demokrasi negara ini.
Bărbulescu turut menekankan pelbagai aspek yang membolehkan kedua-dua bekerjasama khususnya dalam sektor pertanian, perundangan dan pendidikan. Romania yang telah mewujudkan hubungan bilateral dengan Malaysia sejak 1969, berharap untuk meneruskan jalinan kerjasama dalam pelbagai bidang.
Menyahut kesungguhan Bărbulescu menerangkan tentang negaranya, Tan Sri Rais mencadangkan agar program lawatan kerja antara Senator dari kedua-dua negara dianjurkan. Program ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada senator-senator di kedua-dua buah negara memperoleh pengalaman penting berkenaan dengan kaedah pentadbiran dan perjalanan sidang dewan yang dipraktikkan selain membuka lebih banyak peluang kedua-dua pihak menyelami bidang-bidang lain yang difikirkan sesuai.
Satu syarahan umum yang memanggil Duta Besar asing memberikan syarahan tentang negara mereka juga turut dicadangkan.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment