Jenayah

Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Dalam Operasi Dadah dan Sitaan Harta Bernilai RM8.65 Juta

353

14 Julai 2022 – Pada 8 Julai 2022 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Selangor dan JSJN Kuala Lumpur telah melancarkan lima (5) serbuan di sekitar Lembah Klang. Hasil serbuan, pihak polis telah berjaya menahan 11 orang ahli sindiket dipercayai terlibat dengan aktiviti pemprosesan dan pengedaran dadah untuk pasaran  tempatan.

Dalam siaran media semalam, Setiausaha Polis Polis Diraja Malaysia (PDRM), DCP Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin berkata,dalam operasi tersebut pihak polis telah berjaya merampas sejumlah 141.4 kilogram pelbagai jenis dadah (106.3 kilogram ketamin, 18.6 kilogram pil eramin 5 dan 16.5 kilogram pil ekstasi) yang dianggarkan bernilai RM8.07 juta dan dipercayai boleh digunakan oleh seramai 502,257 orang penagih dadah.

“Modus operandi sindiket terbabit adalah menjadikan premis kediaman sebagai tempat memproses dan stor simpanan dadah, sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan terutama di sekitar Lembah Klang. Kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek-suspek direman selama tujuh (7) hari bermula 9 Julai 2022 bagi membantu siasatan.

Semakan rekod mendapati dua (2) suspek mempunyai rekod lampau melibatkan kes dadah dan jenayah yang disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, dengan menyita pelbagai aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM582,331.00 [lapan (8) kenderaan bernilai RM522,800.00, wang tunai berjumlah RM20,330.00 dan barang kemas bernilai RM39,201.00]. Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM8.65 juta.” kata Noorsiah.

Tambahnya, dengan operasi ini, PDRM telah berjaya menumpaskan satu (1) sindiket memproses serta mengedar dadah untuk pasaran tempatan dan akan meneruskan siasatan untuk mengesan saki baki ahli sindiket.

“PDRM khususnya JSJN  terus berusaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah. PDRM berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka melalui hotline JSJN di talian 012-2087222,” ujar Noorsiah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

Hina Agama Islam : Seorang lelaki warga tempatan ditangkap

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2024 – Seorang lelaki warga tempatan telah ditangkap...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Majikan kantoi bersubahat palsukan dokumen, guna syarikat “Atas Angin” serta menggajikan PATI secara haram

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala...

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNAUTAMA

KPDN tumpaskan sindiket seleweng diesel di Dengkil, Selangor.

SEPANG, 11 Mac 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...