13 Julai 2022 – Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 14 Julai 2022 hingga 20 Julai 2022 adalah ditetapkan seperti berikut:
- harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen seliter daripada RM4.80 kepada RM4.75 seliter;
- harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
- harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Jelas Kementerian, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.
Tambah Kementerian, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
- Collaborations Key In Nation’s Commitment to Creating Opportunities, Upskilling Workforce in Gaming Industry
- CHARM terima RM80,000 daripada KBS
- DFA Hong Kong Young Design Talent Award 2024
- Coffee that Cares: 7CAFÉ Marks Earth Day With the New Limited-Edition Pistachio Flavoured Cereal Oat Milk Coffee and Enjoy Bring Your Own Cup Buy One Get One Free Offer on All 7CAFÉ Drinks
- Yeebo Passes Resolution at SGM on Disposal of 20.02% Equity Interest in Nantong Jianghai
Leave a comment