9 Julai 2022 – Presiden Malaysia Tourism Council (MTC) Uzaidi Udanis menyifatkan kenyataan akhbar Utusan Malaysia 9 Julai 2022 oleh Menteri di Jabatan Pedana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad yang mengatakan isu penipuan haji adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebagai tidak betul.
Dalam satu kenyataan, Uzaidi menjelaskan mengikut Akta Parlimen , semua urusan Haji adalah di bawah kelolaan Tabung Haji dan ia bukannya di bawah kelolaan MOTAC.
“Oleh itu , kenyataan Datuk Idris yang mengatakan isu haji adalah di bawah MOTAC adalah tidak betul dan ia mengelirulkan orang awam terutama jemaah haji yang terkandas baru baru ini.
Malaysia Tourism Council berharap pihak Menteri Hal Ehwal Agama perlu memperbetulkan kenyataan beliau . Datuk Idris patut lebih pro aktif dalam membantu menyelesaikan isu jemaah haji yang terkandas ini dan bukan hanya menolak isu ini kepada pihak yang lain seperti MOTAC.” tegasnya.
Tambah beliau pihak MOTAC di bawah kepimpinan Menterinya Dato Seri Hajah Nancy sedang mencuba sedaya upaya untuk membantu memulihkan industri pelancongan yang terkesan akibat pandemik Covid 19 dan amat tidak adil seseorang Menteri Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) menolak isu haji ini ke pihak MOTAC.
“Ini akan menjejaskan nama baik MOTAC di kalangan orang awam.” ujar Uzaidi.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment