Jenayah

PDRM tahan wanita hina Islam di kelab komedi

267

KUALA LUMPUR 10 Julai 2022 – Setiausaha Polis DCP Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang wanita yang dipercayai menghina agama Islam sewaktu membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail.

Katanya wanita itu direman tiga hari hingga 12 Julai ini.

“Ketika ini, suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Brickfields dan siasatan masih diteruskan.” kata Dato’ Noorsiah dalam kenyataan hari ini.

PDRM sedang melakukan siasatan insiden tersebut mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat) oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.


Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayah

Muat naik komen lucah di Facebook isu khatan bayi anak seorang doktor: Tiga individu dikompaun RM75,000

CYBERJAYA, 18 Julai 2024 – Seramai tiga individu telah dikenakan kompaun berjumlah...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM tumpaskan ‘GENG BROGA’

PUTRAJAYA, 9 Jun 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan...

BM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia tumpaskan premis pelacuran beroperasi lebih 30 tahun di Kuala Lumpur

PUTRAJAYA 25 Mei 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menumpaskan sebuah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...