Kenyataan Media

PENYELIDIK UM KONGSI KEBAIKAN BIOCHAR KEPADA PENGUSAHA TANAMAN ORGANIK

116

Universiti Malaya melalui Institut Sains Biologi, Fakulti Sains menganjurkan Program Pemindahan Ilmu “Biochar Untuk Kelestarian Pertanian” dengan pendekatan Pertanian secara organik menggunakan formulasi biochar dan bakteria baik mampu atasi penghasilan sayur berkualiti.

Perkongsian hasil penyelidikan adalah menjadi hasrat Universiti untuk memastikan penyelidik di Universiti sentiasa berkongsi maklumat bersama industri dan komuniti untuk memastikan inovasi ini diguna pakai oleh pihak komuniti.

Dr. Rosazlin Abdullah, Ketua Penyelidik, Institut Sains Biologi, Fakulti Sains Universiti Malaya berkata projek ini juga adalah hasil dari geran penyelidikan yang di salurkan oleh pihak Universiti iaitu geran IIRG untuk memastikan hasil penyelidikan boleh dikongsikan oleh komuniti dan seterusnya dengan harapan dapat di komersialkan oleh pihak industri.

“Penyelidik Universiti Malaya telah memindahkan ilmu kepada pengusaha tanaman organik untuk menggunakan biochar dan diformulasikan dengan bakteria baik agar bakteria tersebut dapat membekalkan nutrien kepada tanaman. Lokasi program tersebut dijalankan di Merryganic Farm, Cameron Highlands, Pahang

“Biochar merupakan teknologi pertanian terkini yang dihasilkan melalui pembakaran sisa-sisa pertanian secara tertutup (atau lebih dikenali sebagai proses pirolisis) yang mempunyai 5 fungsi dalam pertanian (5P) iaitu pelembap tanah, penyimpan nutrien, pemegang baja, penyerap elemen, dan perumah mikrob.

“Biochar boleh meningkatkan kesuburan tanah berasid, meningkatkan penghasilan tanaman dan mampu melindungi masalah penyakit tanah. Tanaman secara organik adalah tanaman yang tidak menggunakan baja kimia. Oleh itu, penggunaan bahan organik adalah bahan utama sebagai pembekal nutrien kepada tanaman,” katanya.

Dr. Rosazlin juga berkata inovasi bahan organik adalah penting dalam memastikan pengusaha pertanian organik mendapat hasil yang baik. Salah satu bahan organik yang sedang mendapat perhatian adalah biochar. Biochar mempunyai liang-liang porositi yang dapat menjadikan bahan perumah kepada mikrob. Oleh itu, penyelidik UM mempertengahkan inovasi ini kepada pengusaha tanaman organik supaya mendapat hasil sayuran yang tinggi.

Inovasi biochar sebagai perumah mikrob untuk pertanian yang mampan diperkenalkan kepada komuniti petani organik di Cameron Highlands ini oleh Aaronn Avit Ajeng, yang merupakan pelajar doktor falsafah di bawah seliaan Dr. Rosazlin Abdullah

Aaron Avit Ajeng amat meminati bidang penyelidikan dan baru sahaja menerima anugerah Rising Star Scientist semasa Persidangan Antarabangsa di Langkawi baru-baru ini.

“Biochar merupakan satu bahan pepejal yang terhasil daripada proses pembakaran sisa pertanian, penternakan dan juga perhutanan yang mampu menambah baik kualiti dan kesuburan tanah.

“Ruang rongga dan pori biochar yang besar serta permukaannya yang luas amat sesuai digunakan untuk pembiakan mikrob. Inovasi ini berdasarkan pembiakan mikrob baik untuk tumbuhan dan tanah di dalam ruang rongga biochar sehingga pelekatan biofilem bakteria terjadi. Biofilem yang matang akan melepaskan bakteria-bakteria ini sejurus selepas aplikasi ke dalam tanah dan bertindak menyuburkan tanah sekali gus meningkatkan hasil pertanian. inovasi ini sesuai diguna pakai di persekitaran yang mencabar (suhu ekstrem, tanah bermasalah dan sebagainya) oleh disebabkan sifat biofilem ini yang tahan lasak terhadap tekanan persekitaran,

Menurut Tan Teik Kiang, Pengusaha Ladang Merryganic Farm, program yang dianjurkan oleh Universiti Malaya (UM) ini merupakan satu inisiatif yang bagus di mana inovasi-inovasi organik seperti yang telah dikongsikan dapat memberi manfaat kepada tumbuhan sekali gus meningkatkan hasil tanaman mereka.

Tan juga bersetuju bahawa biochar adalah bahan organik DNA beliau mengamalkan menggunakan biochar sebagai bahan organik untuk tanaman beliau. Walaubagaimanapun, dengan adanya perkongsian ilmu seperti ini iaitu dengan memformulasikan bakteria baik ke dalam biochar sebelum aplikasi ke atas tanah adalah idea yang sangat baik kerana ia dapat menghasilkan tanaman yang lebih berkualiti.

Program ini turut dihadiri oleh pegawai Pertanian Daerah Cameon Highland, Jabatan Pertanian Malaysia, Mohd Hatta bin Kahar.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...