Kenyataan Media

PJD Link : Penjelasan KKR

124

5 Julai 2022 – Kementerian Kerja Raya (KKR) berkata bahawa pihaknya mengambil serius akan isu dan kenyataan yang dibangkitkan oleh wakil penduduk terlibat melalui laman sesawang The Malaysian Insight bertarikh 3 Julai 2022.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, KKR menjelaskan bahawa Cadangan Projek Petaling Jaya Dispersal Elevated Highway (PJD Link) telah mendapat kelulusan prinsip daripada Jemaah Menteri pada 12 November 2017, tertakluk kepada rundingan lanjut mengenai cadangan teknikal dan kewangan projek dan perjanjian konsesi telah ditandatangani pada 5 April 2022 dengan meletakkan syarat duluan supaya pihak syarikat melaksanakan Environmental Impact Assessment (EIA), Social Impact Assessment (SIA) dan Traffic Impact Assessment (TIA) terlebih dahulu sebelum perjanjian ini menjadi efektif dan projek boleh mula dibina.

“Objektif utama PJD Link adalah untuk menyuraikan kesesakan trafik bagi kawasan Bandaraya Petaling Jaya dengan menyediakan sambungan-sambungan utama dengan jalan raya dan lebuh raya sedia ada. Projek ini melibatkan ketersambungan (connectivity) dengan 6 buah lebuh raya sedia ada dan 5 laluan rel utama bagi mencapai objektif untuk menyuraikan trafik.

Cadangan juga telah mengambil kira ketersambungan dengan sistem pengangkutan awam dengan sesi libat urus telah diadakan dengan pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Cadangan projek ini juga telah mendapat kelulusan dasar daripada Kerajaan Negeri Selangor pada 3 September 2020 melalui mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES).” kata KKR.

Tambahnya, mengambilkira input kebolehlaksanaan daripada agensi-agensi serta pihak berkuasa yang berkaitan, PJD Link telah disenaraikan sebagai projek lebuh raya berpotensi untuk dilaksanakan secara penswastaan di dalam Highway Network Development Plan (HNDP) 2030 dan perancangannya telah diambil kira di dalam Rancangan Tempatan (RT) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan.

“Akhir sekali, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak syarikat juga bersedia mengadakan sesi libat urus dengan persatuan penduduk dan para pemimpin tempatan terlibat bagi memberikan penerangan dan menjawab isu-isu yang mungkin berbangkit dari pelaksanaan projek ini.” ujar KKR.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

A court sentenced a 34-year-old man to two years in prison on...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

Former Fox News host Bill O’Reilly is angry that a Florida school...