AM

RUMUSAN JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA NEGERI PERAK TAHUN 2022

198

PASIR SALAK, 3 Julai 2022 – Penganjuran siri kelima Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) yang diadakan di Negeri Perak, kali ini di lokasi selain ibu negeri iaitu Pasir Salak, memberi kelainan dan membawa manfaat secara terus kepada masyarakat setempat serta berjaya menarik kehadiran lebih 35,155 Keluarga Malaysia (setakat pukul 12.30 tengah hari).

Majlis Perasmian Penutupan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad serta kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

JAKM yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, adalah kesinambungan daripada kejayaan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 hingga 12 Disember 2021 lalu. Negeri Perak merupakan lokasi kelima bagi siri JAKM selepas Johor, Perlis, Sabah dan Terengganu.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan agensi peneraju bagi jelajah ini yang dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak selaku tuan rumah dan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) adalah penyelaras utama program ini.

Sepanjang tempoh tiga hari penganjuran, pelbagai program menarik dan bermanfaat telah disediakan bertujuan untuk memupuk penghayatan rakyat terhadap pengertian Aspirasi Keluarga Malaysia.

Antaranya penerangan dan tawaran perkhidmatan langsung Kerajaan, pemberian bantuan dan insentif, serta penawaran pekerjaan secara langsung kepada pengunjung yang mencari pekerjaan.

Sebanyak 28 reruai (booth) kaunter perkhidmatan telah mengambil bahagian pada siri JAKM kali ini melibatkan pelbagai Kementerian, Agensi dan Kerajaan Negeri. Pada masa yang sama, sebanyak 11 kaunter perkhidmatan bergerak antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Pusat Keluarga Bergerak (PKB) dan klinik pergigian telah disediakan kepada Keluarga Malaysia yang hadir.

Penglibatan 100 gerai jualan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan program padanan perniagaan dalam siri jelajah ini turut merancakkan aktiviti ekonomi terutamanya bagi usahawan tempatan. Sebanyak RM5.1 juta jualan berjaya direkodkan sehingga 3 Julai 2022, pukul 11.00 pagi.

JAKM Perak melalui Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia telah bekerjasama dengan 24 syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan sebanyak 3,317 kekosongan jawatan. Seramai 122 peserta telah dipanggil menghadiri temu duga dan 106 orang telah berjaya ke tapisan akhir dalam jawatan.

Jualan Keluarga Malaysia turut diadakan dengan tawaran potongan harga lebih rendah daripada harga pasaran bagi barangan keperluan harian selain program seperti Zikir Berkah Perak Sejahtera, pertandingan e-sukan (e-sports), sukan rakyat, Pertandingan Bintang Patriotik dan banyak lagi. Perdana Menteri turut menghadiri Kenduri Rakyat yang dilaksanakan secara bergotong-royong dengan Keluarga
Malaysia di sini.

Kaunter pembayaran saman dan kompaun Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan 2,735 saman telah dijelaskan bernilai RM329,605 sehingga 2 Julai 2022.

Siri jelajah ini akan diteruskan di seluruh negara dengan segmen perkhidmatan yang sama bagi memenuhi keperluan rakyat dan membantu penghayatan terhadap pengertian Aspirasi Keluarga Malaysia yang menitikberatkan nilai Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

Penganjuran jelajah ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk menyumbang kepada rakyat melalui penganjuran program yang berfokuskan kepada kemudahan perkhidmatan secara langsung sekaligus menjamin keharmonian serta kesejahteraan seluruh Keluarga Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...