Politik @ My LNA

Tiada isu berbangkit pelantikan Tan Sri Dato’ Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas

88

Kuala Lumpur, 29 Jun 2022 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato Sri Dr Hj. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengambil maklum pendirian YABhg. Tun Dr. Dr. Mahathir bin Mohamad mantan Perdana Menteri untuk tidak meneruskan sesi temubual saksi bersama Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance yang dijadualkan pada 28 Jun 2022 di Jabatan Peguam Negara Malaysia I Attorney General’s Chambers Malaysia.

Ini adalah selaras dengan kenyataan beliau untuk tidak memberikan kerjasama selagi mana YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Mohamed Apandi bin Ali masih bertindak sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas.

Lanjutan perkara ini, Kerajaan berpandangan tiada isu berbangkit berkaitan keputusan Jemaah Menteri pada 29 Oktober 2021 untuk melantik YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Mohamed Apandi bin Ali sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas memandangkan pertimbangan sewajarnya telah dilaksanakan terhadap keputusan untuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas tersebut.

Oleh yang demikian, sebarang bantahan berkaitan kedudukan Pengerusi Pasukan Petugas Khas sewajarnya dibangkitkan lebih awal untuk perhatian Kerajaan.

Pasukan Petugas Khas ini dilantik dengan tujuan spesifik untuk meninjau dan mengkaji opsyen-opsyen perundangan untuk Malaysia serta menyiasat berkaitan penarikan rayuan kes ini di International Court of Justice (ICJ) pada 2018.

Pasukan Petugas Khas ini telahpun menjalankan tugas mereka selama tujuh (7) bulan sehingga Laporan Interim telah disediakan dan Laporan Akhir serta tindakan susulan sedang disediakan oleh Pasukan Petugas Khas tersebut.

“Adalah mustahil untuk saya bertindak sewenang-wenangnya tanpa sebarang justifikasi untuk mengeluarkan Tan Sri Dato’ Sri Apandi bin Ali sebagai Pengerusi apabila Jemaah Menteri membuat keputusan berkaitan pelantikan beliau.

“PPK hanya ingin mendengar dan mendapatkan pandangan mengenai situasi pada 2018 apabila Kerajaan menarik balik rayuan kes ini di International Court of Justice (ICJ). YABhg. Tun sedia maklum akan pelantikan Pengerusi PPK oleh Jemaah Menteri dan beliau sebenarnya boleh menolak untuk hadir ke sesi pagi ini di Jabatan Peguam Negara,” kata Menteri.

Keputusan tersebut telah mengejutkan panel penemubual dan perkara-perkara yang sepatutnya dapat dikongsikan oleh beliau tidak dapat diperolehi oleh PPK.

Dalam hal ini, Dato Sri Dr Hj. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar menyatakan bahawa beliau berasa kecewa dengan tindakan Tun Mahathir yang tidak memberi kerjasama tetapi ingin menegaskan bahawa Pasukan Petugas Khas akan meneruskan komitmen dan tanggungjawab untuk menghasilkan laporan akhir seperti mana yang dirancang selaras dengan tujuan penubuhannya iaitu untuk meneliti hala tuju berhubung kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan serta keputusan Kerajaan pada tahun 2018 untuk menarik balik Permohonan Semakan dan Permintaan Tafsiran kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...