Pengguna @ My LNA

Tiada elemen sorok bekalan di stor Lotus

97

28 Jun 2022 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa pemeriksaan penguat kuasa KPDNHEP di stor Lotus mendapati tiada elemen sorok bekalan.

Jelasnya dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau semalam, barangan keperluan terutama minyak masak paket dan botol laris dalam tempoh singkat, sehingga menyaksikan rak jualan kosong.

Tambah beliau penelitian lanjut turut menunjukkan kekurangan stok minyak masak botol hanya berlaku di premis Lotus Kajang, namun bekalan masih banyak dan penuh di rak bagi Lotus Ara Damansara, Kuala Selangor & Wangsa Walk.

“Bagi minyak masak paket bersubsidi 1kg – pemeriksaan susulan oleh penguat kuasa KPDNHEP di premis sekitar Puchong, Kajang, Bangi, Semenyih & Kuala Kubu Bharu sebagai kawasan berdekatan dengan kes dilaporkan di media masih banyak dan mencukupi.

Lotus sudah mengemukakan penjelasan di sebalik kekurangan bekalan keperluan di rak, dekat premis mereka di Lotus Kajang dan seperti dimaklumkan, masalah berkenaan akan cuba ditangani secepat mungkin demi manfaat pengguna.

Hasil penelitian terhadap kes ini, kekurangan bekalan di premis Lotus Kajang adalah kes terpencil, memandangkan pusat jualan, pasar raya dan kedai di kawasan berdekatan masih menyediakan bekalan untuk dibeli pengguna.” katanya.

Tegas beliau, KPDNHEP tidak akan teragak-agak membatalkan lesen mana-mana pengusaha dan pengurus premis yang didapati menyorokkan bekalan, sehingga menyukarkan pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan harian.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member