PUTRAJAYA 27 Jun 2022 – Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara telah diadakan dan dipengerusikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali.
Dalam satu hantaran di Facebook rasminya, Dr. Ronald berkata mesyuarat yang bersidang pada hari ini telah mempertimbangkan cadangan penetapan harga siling ayam yang baharu serta kadar subsidi kepada penternak.
Katanya cadangan tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet pada hari Rabu, 29 Jun ini sebelum diumumkan.
“Harga kawalan baharu ini mengambil kira kepentingan penternak, pemborong dan peruncit bagi memastikan harga yang ditetapkan adalah munasabah bagi semua pihak. Bantuan tunai tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri juga telah diambil kira.
Mesyuarat juga mengambil maklum mengenai status semasa bekalan makanan negara serta status harga barangan terpilih serta pelaksanaan intervensi pengukuhan sekuriti makanan negara. Bekalan ayam diunjur kekal stabil dan mencukupi pada minggu keempat bulan Jun 2022. Bekalan komoditi lain diunjur kekal stabil dan mencukupi menampung permintaan bulan semasa.
KPDNHEP turut memaklumkan status terkini barangan harga terpilih dan tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap premis yang didapati tidak mematuhi pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum bagi Ayam dan Telur.” katanya.
Tambah Dr. Ronald, usaha sama rentas Kementerian akan diteruskan untuk meminimakan impak beban kos sara hidup rakyat.
“Kerajaan komited meneruskan usaha bagi memastikan kelangsungan dan kebolehcapaian bekalan makanan di pasaran dengan harga yang berpatutan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.” ujarnya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment