KUCHING 24 Jun 2022 – Edisi keempat siri jelajah ‘MYStartup Roadshow telah dilancarkan di sini hari ini oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr. Adham Baba.
Menurut siaran media yang dikeluarkan hari ini, Siri jelajah ‘MYStartup Roadshow’ ini dianjurkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi agensi di bawahnya, Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) bagi meneruskan kesinambungan momentum dan usaha mewujudkan sebuah ekosistem start-up yang terangkum dan kondusif.
“MOSTI dan Cradle sangat berbesar hati kerana mendapat sokongan padu dan kerjasama daripada rakan-rakan komuniti setempat. Antaranya termasuklah TEGAS Digital Village, Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), iCube Innovation dan Sarawak Media Group (SMG) serta lain-lain yang berganding bahu dalam memajukan pergerakan dan perkembangan komuniti start-up di negeri ini.” kata Dr. Adham Baba.
Kuching merupakan hentian pertama di luar Semenanjung Malaysia dan yang keempat dalam siri jelajah MYStartup selepas Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Siri jelajah tersebut adalah sebahagian daripada usaha bagi memastikan komuniti start-up di Sarawak turut sama terlibat dan mendapat manfaat daripada program-program pemerkasaan start-up melalui Program MYStartup.
“Program MYStartup yang dilancarkan Februari 2022 bertujuan memperkasakan ekosistem dan komuniti start-up di Malaysia melalui pengisian yang menumpukan kepada pembangunan, perkembangan start-up secara mampan, pembangunan kapasiti serta modal insan. Antara aktiviti sepanjang jelajah adalah sesi taklimat mengenai inisiatif MOSTI serta hala tuju start-up negara dan perundingan bersemuka di antara agensi pembiaya, rakan strategik setempat dan dari luar Sarawak.
Kerjasama di antara MOSTI, Cradle dan pemegang taruh Ekosistem Start-up Malaysia dalam siri jelajah ini menunjukkan iltizam MOSTI dalam memanifestasikan usaha dan komitmen Kerajaan bagi memastikan Keluarga Malaysia mendapat manfaat daripada usaha pemerkasaan dan pembangunan start-up negara. Melalui usaha ini juga, impian menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama bagi para pengasas dan syarikat luar untuk bertapak serta memulakan operasi mereka di negara ini dapat direalisasikan, sekali gus merancakkan lagi ekonomi negara.” kata MOSTI.
Dr. Adham Baba turut mengumumkan sebuah inisiatif daripada Cradle dan Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) yang menyediakan pembiayaan dari peringkat awal ke peringkat seterusnya yang dinamakan Program Pembiayaan Start-ups Agensi MOSTI. Menerusinya, kesemua pilihan pembiayaan sedia ada daripada Cradle dan MDV akan diadaptasi menjadi satu corong pembiayaan (funding funnel) kepada start-up.
“Justeru, sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Cradle dan MDV telah termeterai sebagai langkah awal bagi mengurangkan jurang kegagalan atau the valley of death yang dihadapi kebanyakan start-up di Malaysia.” kata MOSTI.
Bagi meneruskan kesinambungan dan kemampanan program MYStartup yang dijalankan di negeri Sarawak pihak Cradle turut memeterai sebuah MoU dengan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) yang bakal menyaksikan pihak TEGAS menjadi pelaksana aktiviti-aktiviti di bawah program MYStartup di negeri ini. Selain itu, pihak Cradle juga akan menyokong program-program pembangunan ekosistem start-up anjuran TEGAS di negeri Sarawak.
Majlis yang sama turut menyaksikan pertukaran MoU di antara MOSTI menerusi Cradle dan Syarikat GK Aqua Sdn. Bhd. (GK Aqua) berkaitan penyediaan latihan kepada peserta di bawah program ‘Upskilling For Deeptech And Futureskills’ kendalian Cradle. Melalui usaha sama itu, GK Aqua akan menjadi penyedia latihan rasmi untuk membentuk dan meningkatkan tenaga kerja mahir dalam bidang biosains bermula Julai 2022.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment