22 Jun 2022 – Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 23 Jun 2022 hingga 29 jun 2022 adalah ditetapkan seperti berikut:
- harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter daripada RM4.83 kepada RM4.84 seliter;
- harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
- harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Jelas Kementerian, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.
Tambah Kementerian, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
- Tourism Malaysia Launches Sales Mission in China to Boost Arrivals Ahead of Visit Malaysia 2026
- Home Minister slams Citizenship Claim as Slander, Urges Public to Verify Information
- Malaysia Delegation Conducts Final Empirical Study on Separation of Attorney General and Public Prosecutor Roles in UK
- Tourism Malaysia Strengthens Industry Ties Ahead of Visit Malaysia Year 2026
- CARIBBEAN AIRLINES RESTARTS MONTEGO BAY–FORT LAUDERDALE
Leave a comment