22 Jun 2022 – Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai2 Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) telah dirasmikan oleh Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain pada 22 Jun 2022. Hadir sama Presiden #RESPA, Dato’ Meor Chek Hussein Mahayuddin dan Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass.
Dalam ucapannya Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan Rang Undang-undang (RUU) Pesara dan Bekas Polis dijangka akan dibentangkan di Parlimen pd hujung tahun ini. Perkara ini turut dijelaskan oleh kepimpinan tertinggi #RESPA dalam satu sidang media selepas acara perasmian berlangsung.
LNA akan terbitkan laporan khas berkenaan isu ini dan juga aktiviti-aktiviti RESPA dalam masa terdekat.
Jurufoto : Hafis Idzla
Leave a comment