AM

RUMUSAN JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA NEGERI TERENGGANU TAHUN 2022

626

KUALA TERENGGANU, 4 Jun 2022 – Semangat kebersamaan antara Kementerian, Agensi dan Kerajaan Negeri dalam penganjuran siri keempat Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Terengganu telah menarik kehadiran melebihi 21,745 Keluarga Malaysia setakat pukul 11.00 pagi.

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada 4 Jun 2022. Turut hadir Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar serta kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

JAKM yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri, adalah kesinambungan daripada kejayaan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 hingga 12 Disember 2021 lalu. Negeri Terengganu merupakan lokasi keempat bagi siri JAKM selepas di Johor, Perlis dan Sabah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah kementerian peneraju bagi jelajah ini yang dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu selaku tuan rumah dan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) merupakan penyelaras utama program ini.

Sepanjang tempoh tiga hari penganjuran, pelbagai program menarik dan bermanfaat telah disediakan bertujuan untuk memupuk penghayatan rakyat terhadap pengertian Aspirasi Keluarga Malaysia.

Antaranya penerangan dan tawaran perkhidmatan langsung Kerajaan, sesi bimbingan usahawan serta pemberian bantuan dan insentif.

Sebanyak 28 reruai (booth) kaunter perkhidmatan telah mengambil bahagian pada siri JAKM kali ini melibatkan pelbagai Kementerian, Agensi dan Kerajaan Negeri. Pada masa yang sama, sebanyak 13 kaunter perkhidmatan bergerak antaranya seperti dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ Mobile), Pusat Keluarga Bergerak (PKB), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Klinik Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia, telah disediakan kepada
Keluarga Malaysia yang hadir.

Penglibatan 110 gerai jualan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan program padanan perniagaan dalam siri jelajah ini turut merancakkan aktiviti ekonomi terutamanya bagi usahawan tempatan. Sebanyak RM 4 juta jualan berjaya direkodkan sehingga 4 Jun 2022, pukul 10.00 pagi.

JAKM Terengganu melalui Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia telah bekerjasama dengan 89 syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan sebanyak 13,431 kekosongan jawatan untuk manfaat Keluarga Malaysia. Seramai 2,771 orang peserta telah dipanggil menghadiri temu duga, 1,476 orang telah berjaya ke tapisan akhir dalam jawatan yang dipohon dan 454 orang telah berjaya ditawarkan pekerjaan.

Jualan Keluarga Malaysia turut diadakan dengan tawaran potongan harga lebih rendah daripada harga pasaran bagi barangan keperluan harian selain program seperti Zikir Berkah Terengganu Berselawat, pertandingan e-sukan (e-sports), sukan rakyat, Pertandingan Bintang Patriotik dan banyak lagi.

Siri jelajah ini akan diteruskan di seluruh negara dengan segmen perkhidmatan yang sama bagi memenuhi keperluan rakyat dan membantu penghayatan terhadap pengertian Aspirasi Keluarga Malaysia yang menitikberatkan nilai Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

Penganjuran jelajah ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyumbang kepada rakyat melalui penganjuran program yang berfokuskan kepada kemudahan perkhidmatan secara langsung sekaligus menjamin keharmonian serta kesejahteraan seluruh Keluarga Malaysia.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...