27 Mei 2022 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) CP Dato’ Sri Abd Jalil bin Hassan memaklumkan bahawa PDRM telah mengesan beberapa aktiviti tonto yang menjadi orang tengah untuk bertindak sebagai pemberi maklumat bagi menggagalkan tugas penguatkuasaan undang-undang oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Katanya dalam satu kenyataan hari ini, tonto mengekori dan mengawasi kenderaan JPJ bagi tujuan memaklumkan lokasi semasa agensi penguat kuasa tersebut.
“Tindakan tonto yang memerhati dan mengekori setiap pergerakan anggota JPJ semasa menjalankan tugas penguatkuasaan memberi cabaran kepada pihak berkuasa tersebut dalam menjalankan tugas.
Ancaman tonto ini telah menimbulkan persepsi negatif dan memberi kesukaran kepada JPJ untuk mengambil tindakan terhadap kenderaan yang melanggar undang-undang jalan raya.
Sepanjang tempoh Januari 2021 hingga Mei 2022, sebanyak lima (5) laporan polis telah dibuat mengenai aktiviti penglibatan tonto dan dua (2) kertas siasatan telah berjaya dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.” kata CP Dato’ Sri Abd Jalil.
Tambahnya, PDRM mengingatkan orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sindiket tonto dengan melindungi dan memberikan maklumat kepada kenderaan yang melakukan kesalahan.
“Perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah seksyen 186 kanun keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
PDRM sentiasa komited dalam membantu JPJ dan penguat kuasa yang lain sekiranya wujud ancaman semasa melaksanakan tugas penguatkuasaan.” tegasnya.
- Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 bukan dibawah kendalian KBS
- Seramai 12 individu dilantik anggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN)
- ‘KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA’ TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2022
- COVID-19 : Jumlah kes baharu terus meningkat
- [GALERI] MAJLIS PRATONTON MEDIA SEMPENA KONSERT TRIBUTE SENIMAN NEGARA DATO’ SERI AHMAD NAWAB