Home Ekonomi Harga runcit petrol RON97 naik kepada RM4.33 sen seliter, RON95 dan Diesel kekal
Ekonomi

Harga runcit petrol RON97 naik kepada RM4.33 sen seliter, RON95 dan Diesel kekal

18 Mei 2022 – Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 19 Mei 2022 hingga 25 Mei 2022 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM4.31 kepada RM4.33 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Jelas Kementerian, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.

Tambah Kementerian, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

EkonomiMY LNAPendapat

Subsidi bersasar: Jangan seperti enau dalam belukar

Oleh: Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin Topik atau isu berkaitan subsidi bersasar,...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

EkonomiMY LNAPendapat

MPC adil, namun BNM perlu pergiat usaha penerangan

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Kenaikan kadar dasar semalaman atau OPR...