PUTRAJAYA 13 MEI 2022 – Tiga (3) Syarikat Kredit Komuniti (KK) yang merupakan pemegang lesen Pemberi Pinjam Wang sedia ada telah diberi kebenaran tambahan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menjalankan urusniaga pemberian pinjaman wang secara dalam talian.
Menurut KPKT dalam satu kenyataan semalam, syarikat-syarikat tersebut adalah JCL CREDIT LEASING SDN. BHD, SEAMONEY CAPITAL MALAYSIA SDN. BHD dan MELATI PANORAMA SDN.BHD.
“Usaha ini merupakan inisiatif berterusan KPKT bagi memastikan perlindungan kepada peminjam serta Syarikat Kredit Komuniti melalui kaedah pemberian pinjaman secara dalam talian yang lebih telus dan berintegriti serta mematuhi segala peruntukan yang ditetapkan sepertimana dalam Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400], Peraturan– Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Pelesenan) 2003 serta Akta lain yang berkaitan.” kata KPKT.
Dalam kenyataan yang sama KPKT turut mengeluarkan senarai Syarikat Kredit Komuniti yang dibenarkan menjalankan urusniaga pemberian pinjaman wang secara dalam talian. Jika terdapat syarikat yang selain daripada yang tersenarai menjalankan perniagaan, syarikat tersebut boleh dikenakan hukuman denda atau penjara ataupun kedua-duanya berdasarkan peruntukan– peruntukan di bawah Akta 400 jika didapati bersalah.

“Senarai syarikat Kredit Komuniti yang diberikan kelulusan untuk menjalankan urusniaga pemberian pinjaman wang secara dalam talian akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan sebarang maklumat terkini boleh diperolehi melalui laman web www.kpkt.gov.my.
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, orang awam boleh menghubungi talian 03-8891 4667/4662/4695/4694/4682/4683 ataupun mengemukakan pertanyaan melalui Sistem Aduan Bersepadu KPKT di pautan aduan.kpkt.gov.my untuk tindakan sewajarnya.” kata KPKT.
- Waiting for our second marshmallows
- Why tertiary education is more than just a degree
- This Spring, Malta, a Mediterranean Archipelago, Offers a Diverse and Captivating Calendar of Events and Festivals
- Leading Contract Manufacturer Forms New Company With Auto Leaders To Further Global Reach Across Industries
- Veregy Approved as Contractor in New York Solar Incentive Program
Leave a comment