Pendidikan @ My LNA

PELAJAR KEMBALI KE KAMPUS, TERUJA DAPAT MENGHADIRI KULIAH SECARA FIZIKAL SEPENUHNYA

381

KUALA LUMPUR, 11 MEI 2022 : Kampus Universiti Malaya “hidup” dengan kembalinya hampir keseluruhan pelajarnya bagi menghadiri kuliah secara fizikal bermula Isnin.

Universiti Malaya meneruskan pelaksanaan kuliah secara fizikal sepenuhnya bermula Semester 2, Sesi Akademik 2021/2022. Seramai 11,600 pelajar yang menginap di Kolej Kediaman telah kembali ke kampus bagi menghadiri kuliah secara fizikal sepenuhnya.

Menurut pelajar tahun kedua, Fakulti Kejuruteraan, Amir Taquiddin Ahmad Iqbal berkata beliau teruja dapat kembali ke kampus untuk menghadiri kuliah fizikal.

Amir Taqiuddin Ahmad Iqbal, Fakulti Kejuruteraan (tengah) bersama rakan sekelasnya

“Saya dapat mengambil peluang untuk berjumpa dengan para pensyarah dan rakan-rakan serta merasai suasana kuliah secara fizikal yang juga lebih kondusif. Saya sangat berharap kami semua dapat menikmati suasana kehidupan di kampus dan juga terus patuhi penjarakan sosial serta pemakaian pelitup muka,” katanya.

Pelajar tahun ketiga, Fakulti Sains, Choong Yiling dan Thamilselvi Sivakumar, Pelajar Tahun Kedua, Fakulti Undang-Undang juga berkata mereka lebih fokus dalam pembelajaran melalui kuliah secara fizikal dan dapat berinteraksi dengan pensyarah dan rakan-rakan.

“Tiada banyak perbezaan dari segi persediaan pensyarah dalam menghadapi kuliah secara fizikal dan secara atas talian, walau bagaimanapun, interaksi dari segi komunikasi, bahasa badan dan hubungan mata semasa kelas fizikal adalah berbeza d imana lebih dekat dan mesra,” kata Dr. Awang Azman Awang Pawi, Profesor Madya, Jabatan Sosio Budaya Melayu, Akademi Pengajian Melayu.

Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi

“Akses kepada pelajar yang kurang berkemampuan juga lebih mudah dengan tersedianya bilik kuliah dan juga bahan-bahan pengajaran yang disediakan.

“Ibu bapa juga tidak perlu risau kerana para pensyarah akan memastikan keselamatan dan kesihatan pelajar semasa kuliah dijalankan dan dalam masa yang sama mereka boleh menikmati kehidupan sebagai pelajar di kampus,” kata Dr Awang lagi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

SMK Kota Masai raikan bakal haji, tanam kebersamaan dalam ramadhan

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi PASIR GUDANG – Pengetua, Saridah Abdul...

AMBM @ MY LNAKomuniti @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UM santuni komuniti muallaf dan asnaf di pedalaman Sabah

Program khidmat bakti yang diadakan oleh mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya...