10 Mei 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 14 Mei 2022 dan akan berterusan sehingga pertengahan September 2022. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, semasa Monsun Barat Daya, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil.
“Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini. Sehubungan dengan itu,
kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding musim lain. Keadaan ini menyebabkan taburan hujan yang rendah.
Walau bagaimanapun, hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai (squall line) masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah pada awal pagi. Garis badai adalah garisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.
Dalam tempoh Monsun Barat Daya, fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya semasa Ogos hingga Oktober. Oleh itu, pembakaran terbuka haruslah dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar.” katanya.
MET Malaysia turut menyarankan kepada orang ramai menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini.
- Fatrank: Founder James Dooley Releases his First Book, “Leads First: Everything Flows Downstream After Lead Generation”
- NVIDIA Announces Blueprint for AI Retail Shopping Assistants
- Top 2 Best Places to Work in Bangladesh for 2024 Revealed
- Finex Launched ‘Get X2’ Trading Competition to Celebrate the New Year
- Explore Winter Wonders: Motel 6 and Studio 6 Locations Offer Easy Access to some of Canada’s Best Seasonal Activities
Leave a comment