Pendidikan @ My LNAPolitik @ My LNA

Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) cadangkan beberapa langkah ringankan beban warden asrama

140

8 Mei 2022 – Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) mencadangkan beberapa langkah bagi meringankan beban guru yang ditugaskan menjadi warden di asrama dalam sekolah-sekolah dibawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, walaupun ada usaha awal KPM untuk mengatasi masalah tersebut dengan turun melihat sendiri keadaan sebenar dan mengambil maklum keluhan guru yang terbeban sebagai warden, sehingga hari ini masih belum ada keputusan yang jelas apa tindakan yang KPM akan ambil untuk menyelesaikannya.

“Bagi JKPPH, memandangkan hujung minggu ini, proses kemasukan pelajar berasrama penuh akan berjalan, maka wajar KPM mengumumkan langkah bagi memastikan guru yang memikul tugas warden tidak terbeban. JKPPH mencadangkan beberapa perkara berikut :-

  1. Jawatan warden sepenuh masa di asrama dilantik oleh bukan guru dimana kedudukannya sama dengan kedudukan jawatan jurulatih sepenuh masa, kaunselor berdaftar dan pembantu makmal.
  2. Manakala guru warden boleh dilantik di kalangan guru akademik (jumlah masa mengajar dikurangkan) yang bertugas memimpin dan memantau warden sepenuh masa di asrama.
  3. Jumlah warden dengan nisbah jumlah pelajar mestilah realistik dan mencukupi.
  4. Dalam masa terdekat, tindakan awal & wajar KPM adalah dengan menaikkan elaun warden kepada guru yang memikul tugas tersebut.

JKPPH mendesak agar KPM bertindak sesegera mungkin bagi memastikan bebanan guru di kurangkan secepat mungkin.” katanya.

Anggota JKPPH adalah terdiri daripada Dr Maszlee Malik, Pengerusi JK Pendidikan Pakatan Harapan (Ahli Parlimen Simpang Renggam, KEADILAN), Datuk Dr Hasan Bahrom (Ahli Parlimen Tampin, AMANAH)
YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai, DAP), Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa, KEADILAN), Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam, DAP), Natrah binti Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN). YB Sivakumar Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP) dan
YB Rusnah Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu, KEADILAN).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...