29 April 2022 – Walaupun negara kini semakin mengurangkan sekatan COVID-19, syarikat pembinaan dinasihatkan supaya mengekalkan pegawai kesihatan dan keselamatan di tapak pembinaan untuk menilai risiko dan melaksanakan langkah yang sesuai untuk mengawal penularan COVID-19, melalui kaedah kawal selia kendiri.
Dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) turut berkata bagi mengawal potensi penyebaran penyakit COVID-19 di tempat penginapan pekerja, kontraktor harus memastikan tempat penginapan pekerja selamat, bersih, mempunyai peredaran udara yang baik dan mempunyai ruang yang mencukupi untuk penjarakan sosial.
Katanya pekerja yang disahkan positif COVID-19, hendaklah dikuarantin mengikut prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Adalah penting untuk mengamalkan SOP yang ditetapkan bagi memastikan negara dapat membuka aktiviti ekonomi dengan selamat dan dengan gangguan yang minimum. Oleh itu, langkah-langkah ini masih penting untuk mengurangkan kemungkinan penularan wabak COVID-19 di tapak pembinaan,” kata Ketua Eksekutif CIDB Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid.
“Dengan terus berwaspada, kami berharap industri pembinaan akan terus memainkan peranan aktif dalam memacu pembangunan fizikal dan ekonomi negara,” katanya lagi.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment