PUTRAJAYA 25 April 2022 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melancarkan Kempen Hargai Makanan, Elak Pembaziran #JomTapau hari ini. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menterinya, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican bersama warga KPKT di Dewan Kristal KPKT.
Menurut KPKT, sesi libat urus kempen tersebut dianjurkan oleh KPKT melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bersempena bulan Ramadan 1443H. Katanya, ia merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan sejak 2015 dengan objektif untuk mengurangkan pembaziran makanan dan jumlah sisa makanan yang dilupuskan di tapak pelupusan bagi mengelakkan kesan pencemaran dan pemanasan global.
“Untuk rekod, 36% daripada keseluruhan sisa yang dilupuskan ke tapak pelupusan adalah sisa makanan Kajian komposisi sisa pepejal mengikut komponen yang dilupuskan di 27 tapak pelupusan tahun 2021). Daripada jumlah tersebut, 76% merupakan sisa makanan tidak boleh dielak (inedible food waste) iaitu sisa makanan yang tidak dimakan oleh manusia seperti sisa tulang, kulit buah-buahan dan akar sayur-sayuran. Manakala, 24% daripada jumlah tersebut adalah sisa makanan yang boleh dielak (edible food waste) iaitu lebihan makanan seperti nasi, pasta, daging dan sayur-sayuran. Selain itu, sisa makanan dilihat dalam trend meningkat 15 hingga 20 peratus setiap kali tibanya musim perayaan.
Oleh itu, Kempen #JomTapau dilihat sebagai salah satu pendekatan untuk menggalakkan masyarakat dengan membungkus lebihan makanan yang masih elok untuk dibawa pulang bagi mengelakkan pembaziran.” kata KPKT.
Tambahnya, sisa makanan yang dibuang di tapak pelupusan akan menghasilkan gas metana (gas rumah hijau) yang membawa kesan ke atas pemanasan bumi sebanyak 34 kali lebih besar berbanding gas karbon dioksida.
Maka lambakan sisa makanan di tapak pelupusan secara tidak langsung akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar dan pemanasan global akibat pembebasan gas metana yang terhasil daripada proses penguraian sisa makanan.
“Justeru, pada tahun ini, KPKT melalui SWCorp mengambil inisiatif untuk melaksanakan Sesi Libat Urus di Bazar Ramadan dengan fokus utama untuk mendidik masyarakat dan pengendali makanan membuat perancangan semasa membeli belah bagi mengurangkan penghasilan sisa pepejal terutamanya sisa makanan. Ia dilaksanakan dengan kerjasama masyarakat setempat serta penglibatan kumpulan sasaran iaitu perhotelan, restoran, pasar raya, pasar awam, komuniti dan sekolah menerusi program libat urus di lapangan.” kata KPKT.
- Artificial Intelligence (AI) Robots Market to Reach USD 89.57 Billion by 2032, at 29.46% CAGR | Research by SNS Insider
- Sunrise Lawn Care in Katy TX Highlights Community Partnerships
- Singapore’s Tolaram Welcomes IFC Investment in Lagos Free Zone to Boost Industrial Growth and Economic Diversification in Nigeria
- Make the Moment: The 2025 OnePlus Photography Awards Calling for Creativity Worldwide
- MEET48 Unveils Multiple AI Products, Redefining the Future of the Entertainment Industry
Leave a comment