Gaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Kemeriahan RIUH Raya Souk Bakal Mengalukan Peminat Seni Kreatif Kembali Berancak

170

Rekod baru dicatat dengan 109 jenama tempatan, persembahan secara langsung serta pelbagai bengkel kreatif dan aktiviti seni

Kuala Lumpur, 18 April 2022 – Dengan penuh kesyukuran, dapat kita bersama-sama semula pada bulan Ramadhan yang mulia tahun ini bersempena dengan program RIUH Raya Souk oleh MyCreative pada 23 dan 24 April di Sentul Depot dari jam 4 petang ke 12 tengah malam.

Dalam peralihan kehidupan ke fasa endemik ketika menangani cabaran COVID-19 ini, marilah kita bersama-sama meraikan bakat-bakat kreatif tempatan di mana RIUH Raya Souk telah memecahkan rekod dalam menampilkan 109 jenama kreatif tempatan yang menawarkan pakaian, aksesori, kuih Raya, barangan penjagaan kanak-kanak, hiasan rumah serta produk kecantikan.

Meriahkan lagi Raya dengan pilihan fesyen kegemaran termasuk jenama seperti Whimsigirl, Velvet Vanity, Machino dan Nazifi Nasri serta pendatang baru, yang terdiri daripada Lathalia Jewellery, Harirose, Inisaya dan Samora. Hiasi kediaman anda dengan tumbuhan dari Kayan Tropika, cadar dari Urban Edit. Co dan perkakas rumah oleh Naren Home.

Mari menjamu selera dengan seleksi juadah berbuka puasa yang mengiurkan termasuk hidangan tradisi Kelantan oleh Gamelan, hidangan Johor oleh Kecur, sate Sataysfaction, Phil’s Pizza, MyBurgerLab, Sosej Sizzle dan minuman oleh Bo The Avocado, Brotani dan TFKL serta banyak lagi. Manjakan diri dengan hidangan Raya daripada SheBakes, Poppy Cherry Pop, That Last Bite dan pencuci mulut oleh F.R. Copper dan gelato mesra bumi oleh The Unusual Greens.

Sempena Bulan Kesedaran Autisme, Pameran We & I Art x Nak Seni akan menampilkan karyakarya artis autistik diiringi sesi kugiran muzik Seni Komuniti dan cenderahati jualan untuk menyokong kelangsungan artis-artis. Pertubuhan NYAWA juga akan membawakan karya-karya dari pameran dan aktiviti Mahakarya mereka dalam mempromosikan usaha mereka sempena bulan Kesihatan Mental.

Serlahkan bakat terpendam anda di Bengkel Meja Jubin Mini oleh Self Supply dan Bengkel Quilling Kertas Kitar Semula oleh Steampunk Arts x Minimolly – semuanya dalam usaha membina kesedaran tentang mencipta seni kitar semula dengan menggunakan bahan yang mampan dan mesra alam.

Cuba ‘Plant Mixology’ dengan edisi minuman Eat, Shoot & Roots’ dan rasa perisa serta rasa herba tempatan yang berbeza. Pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk seisi keluarga bakal berlangsung dengan Seni & Kraf bertemakan Raya di kawasan yang dikhaskan untuk kanakkanak.

“Syarikat induk RIUH, MyCreative Ventures (MyCreative) meraikan ulang tahun kesepuluh dalam menyokong industri kreatif Malaysia bulan ini dan kami sebagai satu pasukan amat teruja untuk bersama-sama memeriahkan sambutan tersebut dengan penganjuran acara secara langsung dan memberikan sokongan kepada jenama, bakat dan komuniti kreatif. Kami percaya bahawa konsistensi dan keazaman adalah kunci kepada masa depan ekonomi kreatif yang kukuh, pelbagai perancangan telah dibuat untuk tahun ini terutamanya melalui program Kembara RIUH yang akan melawat setiap negeri.” kata Marissa Wambeck, Ketua RIUH.

Kerjasama istimewa dalam RIUH Souk Raya kali ini juga membawakan bengkel-bengkel pendedahan oleh Yayasan AirAsia di mana anda boleh mempelajari seni tenunan ketupat yang sebenar bersama Dr Jarina Mohd Jani, belajar cara menanam ulam-ulam dengan REWILD Malaysia dan menikmati ‘Taste of Kerabu’ yang lazat dengan Dr David Neo. Bahagian jualan mereka, Destination Good juga turut akan dibuka.
Jom RIUH Raya Souk di bulan Ramadhan ini!

RIUH merupakan platform kreatif yang menyasarkan peningkatan ekosistem kreatif dengan menghubungkan jenama-jenama tempatan, usahawan kreatif, pencipta-pencipta dan artis-artis
kepada komuniti.

Maklumat lanjut berkenaan RIUH di www.riuh.com.my atau layari laman Instagram & Facebook
@riuhinthecity

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNANiaga @ My LNAUTAMA

Gen Z Percaya Pendapat Pengguna dan Pakar di Shopee

KUALA LUMPUR, 15 April 2024 – Hasil tinjauan ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAUTAMA

Kajian ‘Masa Hadapan Membeli-belah’ Shopee Dedah Tabiat Beli-Belah Gen Z

KUALA LUMPUR, 4 April 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia...

Biz @ My LNABM @ MY LNAFesyen @ My LNAGaya Hidup @ My LNAUTAMA

Pengusaha Lelaki Bina Empayar Kecantikan di Shopee Live

KUALA LUMPUR, 3 April 2024 – Mikaseries – jenama kecantikan yang diasaskan...