Home AM Amaun pemberian khas baharu kepada negeri Sabah dinaikkan sebanyak 4.7 kali ganda
AMKHASz10

Amaun pemberian khas baharu kepada negeri Sabah dinaikkan sebanyak 4.7 kali ganda

14 April 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengumumkan bahawa amaun pemberian khas baharu kepada negeri Sabah dinaikkan sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bagi tahun 2022, dan amaun akan terus meningkat setiap tahun bagi tempoh 2023-2026 mengikut kadar kenaikan yang dipersetujui bersama.

Dalam satu kenyataan hari ini, turut diumumkan bahawa dalam pada itu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah akan terus berunding berhubung dengan tuntutan 40% daripada hasil Negeri Sabah dan menjalankan kajian semula pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan suatu amaun pemberian khas baharu yang dapat mengimbangi keperluan negeri Sabah tanpa menjejaskan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan. 

Kenyataan itu turut menyebut bahawa sekiranya suatu amaun baharu yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak berjaya dicapai sebelum tahun 2026, maka amaun baharu tersebut akan diguna pakai untuk menggantikan bayaran pemberian khas kepada negeri Sabah bermula tahun 2022.

“Persetujuan ini adalah tanpa prejudis terhadap kewajipan dan hak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah untuk meneruskan kajian semula pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan dengan mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan serta keperluan Kerajaan Negeri Sabah berhubung kos perkhidmatan Negeri. Kerajaan Negeri Sabah juga berhak untuk bergantung kepada formula asal seperti yang dinyatakan dalam Perkara 112C dan Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan. Pelaksanaan kajian semula pemberian khas ini termasuk hak kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah untuk merujuk perkara itu kepada penaksir bebas (jika tiada persetujuan dicapai) seperti yang dinyatakan dalam Perkara 112D(6) Perlembagaan Persekutuan.

Kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah akan membekalkan data dan maklumat mengenai kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan serta keperluan Kerajaan Negeri Sabah berhubung kos perkhidmatan Negeri yang akan diambil kira dalam proses kajian semula pemberian khas tersebut.” kata kenyataan tersebut.

Tambahnya, persetujuan yang berjaya dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah melambangkan semangat Keluarga Malaysia, komitmen Kerajaan Persekutuan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 kepada Kerajaan Negeri Sabah serta keprihatinan Kerajaan Negeri Sabah terhadap peranan dan kemampuan Kerajaan Persekutuan untuk membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada negeri Sabah.

Ini merupakan susulan kepada beberapa perbincangan dan rundingan yang diadakan oleh Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri Sabah, dengan kebanyakan terma dipersetujui pada 14 Februari 2022.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsKeselamatanMY LNAPertahanan

‘AQUAMAN’ MARITIM MALAYSIA PENYELAMAT SAR

LANGKAWI, 27 Mei 2023 – Mungkin ada yang mengenali watak Aquaman lakonan...

AMHighlightsKeselamatanMY LNAPertahanan

DEMONSTRASI DAN PAMERAN MARITIM MALAYSIA MERIAHKANHARI TERAKHIR LIMA’23

LANGKAWI, 27 Mei 2023 – Sebanyak 39 aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

AMEkonomiHighlightsMY LNAniagaPertanian

Fadillah adakan Misi ke EU dan UK

PUTRAJAYA 27 Mei 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan...

AMHari MalaysiaHighlightsMerdekaMY LNA

Pelancaran Logo & Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023

Tonton secara langsung Pelancaran Logo & Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia...