PUTRAJAYA 14 Mac 2022 – Sebanyak enam Memorandum Persetujuan (MoA) dan tujuh (7) Memorandum Persefahaman (MoU) dari 22 organisasi kerajaan dan swasta dengan nilai RM107 juta telah berjaya dimeterai pada Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY Summit) 2021, di samping penyampaian Anugerah MCY 2021.
Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan semalam, kerjasama tersebut melibatkan produk, teknologi serta perkhidmatan dari bidang bioteknologi/agrikultur, sains perubatan dan kesihatan, teknologi industri/kejuruteraan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta
robotik.
“Organisasi-organisasi yang terlibat adalah Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dan Haji Md Nor bin Haji Abd. Rahman (M) Sdn. Bhd; Sekretariat Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS) dan
Construction Research Institute of Malaysia (CREAM); One Team Networks Sdn. Bhd. dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Skyscraper Airhydro Industries Sdn. Bhd. dan Talam Transform
Berhad; Airestec Innovations Sdn. Bhd. dan Universiti Malaysia Pahang (UMP); YJack Technology Sdn. Bhd. dan Nazbel Engineering & Technology Ltd., Bangladesh; Tech Capital Resources Sdn. Bhd. dan IoT Sata Sdn. Bhd.; Tech Capital Resources Sdn. Bhd. dan Vepro Group Sdn. Bhd.; Pandai Education Sdn. Bhd. dan EduCity Iskandar; Pandai Education Sdn. Bhd. dan Global School Leaders (GSL); Revoganix Sdn. Bhd. dan Nelson’s Franchise (M) Sdn. Bhd.; Revoganix Sdn. Bhd. dan Nets Eco Venture Sdn. Bhd.; dan Revoganix Sdn. Bhd. dan Nova New Energy.” kata MOSTI.
Tambahnya Program Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) yang dilaksanakan sejak tahun 2016 hingga 2021 telah berjaya membantu mengkomersialkan 434 produk, teknologi dan perkhidmatan ke pasaran tempatan serta antarabangsa dengan nilai jualan melebihi RM476 juta.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment