Kota Bharu, 12 Mac 2022 – ROHM-Wako Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. (RWEM), syarikat pengeluar elektronik terkemuka Jepun mengumumkan pembesaran fasiliti komponen elektroniknya di Kelantan dengan pelaburan bernilai RM910 juta. Pelaburan ini dijangka akan mewujudkan lebih 340 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Ini merupakan pelaburan tunggal terbesar yang pernah dibuat oleh syarikat tersebut, menjadikan Malaysia sebagai hab utama semikonduktor dan rantaian nilai automotif global.
Mengulas pengumuman tersebut, YB. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, “Projek perkilangan ROHM-Wako di Malaysia merupakan suatu keputusan strategik syarikat bagi membina kehadirannya di rantau ASEAN bagi jangka panjang. Projek pembesaran ini menandakan keyakinan syarikat terhadap keupayaan bakat tempatan di dalam bidang kejuruteraan dan juruteknik yang berkemahiran tinggi. Prestasi pelaburan ROHM-Wako di Malaysia adalah memberangsangkan, dengan kemudahan fasiliti perkilangan baharu ini bagi menjana peluang pekerjaan untuk bakat tempatan, menyumbang kepada peningkatan ekonomi masyarakat serta merancakkan pembangunan komersial di negeri Kelantan. Projek pembesaran ini juga adalah sejajar dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pelaburan strategik.”
Menyokong kenyataan YB. Menteri Kanan, Datuk Arham Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata, “MIDA mengalu-alukan penyertaan rakan kongsi yang berpotensi untuk memanfaatkan kebolehan Malaysia sebagai hab rantaian bekalan global dalam memenuhi keperluan industri pasaran global. Projek Pembesaran operasi RWEM ini akan mengukuhkan kedudukan negara di rantaian nilai global. Ia juga akan menjana pekerjaan berkemahiran tinggi dan memastikan industri-industri di Malaysia terus berdaya saing dan berdaya tahan.”
“Projek pembesaran ini amat penting untuk pertumbuhan perniagaan dan inovasi syarikat secara berterusan. Dengan adanya tenaga kerja yang berkemahiran dan berdaya saing, kami amat yakin dengan keputusan untuk terus melabur di negara ini,” kata Presiden RWEM, Encik Hideki Hashimoto.
Bangunan baharu yang akan dibina dalam premis sedia ada RWEM akan memenuhi permintaan semikonduktor yang tinggi dan menggalakkan sistem pengeluaran pelbagai lokasi bagi Integrasi Berskala Besar (LSIs), dan transistor selaras dengan Pengurusan Kesinambungan Perniagaan (Business Continuity Management/BCM). Pembangunan fasiliti baharu ini akan meningkatkan kapasiti pengeluaran keseluruhan kira-kira 1.5 kali ganda.
Fasiliti baharu ini akan dibina setinggi tiga (3) tingkat dengan keluasan 29,580 meter persegi pada suku pertama 2022 dan dijangka akan siap menjelang Ogos 2023. Bangunan baru ini akan dilengkapi dengan teknologi penjimatan tenaga bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan dijangka dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida kira-kira 15 peratus. Ini akan mengukuhkan system BCM yang menggunapakai pelbagai langkah kalis bencana dengan teknologi terkini.
Projek pembesaran ini juga akan meningkatkan kapasiti komponen Transistor Garis Lebar (Wide Line Transistor) dan Pemacu Litar Bersepadu (Gate Driver Integrated Circuit) yang secara amnya digunakan dalam kenderaan elektrik (Electric Vehicle/EV) dan kereta hibrid. Komponen-komponen ini juga akan digunakan untuk pengeluaran semikonduktor diskret sedia ada seperti diod, diod pemancar cahaya (light emitting diode, LED), dan diod laser yang digunakan dalam pelbagai produk perkakasan elektronik seperti audio and video, televisyen, komputer riba serta telefon bimbit. Ini adalah selaras dengan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 yang memfokuskan pembangunan teknologi baharu dalam sektor mobiliti masa hadapan.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment