Ekonomi @ My LNANiaga @ My LNA

PUKKM perkasakan usahawan di Tanjung Piai

105

9 Mac 2022 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah menganjurkan Program Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia (PUKKM) di Tanjung Piai. Program tersebut adalah usaha dan inisiatif untuk memberikan pendedahan serta memperkasa agenda keusahawanan di kalangan bakal usahawan dan para usahawan sedia ada.

“Sesi Dialog Bersama YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ini merupakan inisiatif dan komitmen MEDAC untuk saling mendapatkan maklumat berhubung isu dan cadangan penambah baikan untuk memperkasakan pembangunan usahawan tempatan selain memberikan maklumat tentang program-program yang ditawarkan oleh MEDAC dan Agensi kepada para usahawan.” kata Menteri MEDAC, Tan Sri Noh Omar dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam.

Antara maklumat yang disampaikan oleh MEDAC melalui Agensi seperti TEKUN dan SME Corporation Malaysia (SME Corp.) adalah pendedahan berkenaan program dan pembiayaan terkini yang disediakan.

“TEKUN telah memberikan pendedahan berhubung Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) sekitar kawasan Tanjung Piai. SPIM merupakan skim yang menawarkan pembiayaan pada kadar keuntungan kosong peratus (0%) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro.

Manakala SME Corp. telah memberikan pendedahan berhubung Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) yang menawarkan dana pembiayaan sehingga maksima RM100,000 untuk membantu PKS yang terjejas akibat bencana alam termasuk banjir, ribut, kemarau, hakisan pantai dan tanah runtuh.” kata kenyataan tersebut.

Program tersebut diakhiri dengan pemberian mock cheque dari Agensi-agensi MEDAC seperti TEKUN kepada pemohon pembiayaan SPIM, penerima geran Business Scale-Up Programme (Biz-Up) dan SME Revitalisation Financing (SMERF) oleh SME Corp. serta penerima Bantuan Pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Bantuan Prihatin Koperasi dari SKM telah disempurnakan oleh Noh Omar.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Pemegang Saham sokong dua cadangan SCIB dalam EGM

KUCHING, SARAWAK, 27 Mac 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNAUTAMA

Sesi Walkabout PM ke Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Taman Perpaduan, Perak

IPOH, 25 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama...